Nuffnang

Followers

Showing posts with label Wansteddy's Shop. Show all posts
Showing posts with label Wansteddy's Shop. Show all posts

Wednesday, February 1, 2017

Selamat Hari Wilayah

Selamat menyambut Hari Wilayah 2017. Tema tahun ini ialah Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera. Sempat buat design header untuk laman facebook Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jemput like ye. Dan nantikan update dari page MOA, ada plan jangka panjang yang bakal mengejutkan anda. Surprisee... :)

Saja guna vector dari guna actual picture. Idea ni pun datang dari minat Mia kat game minecraft. Sekali suggest, boss kata ok, cume request improve tukar bot kepada landmark Labuan ie clock tower tu. Tum tam tum tam sempat lukis balik tower tu dalam masa setengah jam. 

Nampak simple je kan. Tapi nak menggodeknya kemahin lama. Sapa kenal hakak ni, tau la sangat cerewet dan kalau boleh asyiklah nak jadi perfectionist (bab design). Kena set mind macam ni. Kalau ko sendiri tak puas hati dengan hasil kerja ko. Orang lain yang tengok lebih lagi banyak songeh tak puas hatinya. Jadi, buatlah yang terbaik dan yang termampu anda laksanakan.

Tapi yang complicated sebenarnya nak lukis balik landmark Putrajaya ni. Amik masa lama jugaklah nak lukis balik bangunan ni. Sempat tu drawing masa cuti CNY lepas. Bila dah upload kat sini baru perasan ada lagi details yang belum letak. Nanti-nantilah ada masa buat tambahan semula.

Monday, December 15, 2014

TUTORIAL Bunga Telur Teddy Bear

Sempena majlis Akikah anak saudara hakak hujung bulan nanti, hakak luangkan masa buat bunga telur untuk tetamu dan orang marhaban. Cerita lanjutnya dalam entry bertajuk:  Majlis Akikah dan Doa Selamat Teruja nak mencuba design teddy bear, ala-ala bouquet tu kan. Tup-tup timbul idea nak blogkan tutorial cara pembuatan bunga telur teddy bear ni. Jomlah jengah cara hakak. Tak molek mana pun sangat sebab 1st trial kan. Apa pun bolehlah jadi panduan pada yang nak mencuba :)


Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Teddy bear: beli lambak sebungkus 30pcs berharga RM63.00. Beli kat Nilai 3. Mahal murah tak surelah pula. Survey 2 kedai je, harga, patern dan warna teddy bear lebih kurang tu jugak.
2) Paper crepe: warna ikut suka. Hakak pilih putih. Suci bersih ibarat baby. Nak jimat lagi boleh guna kertas tisu biasa.
3) Wrapping paper layer 1: silver color kontras dan syncronize.  
4) Wrapping paper layer 2: polkadot pink for baby girl 
5) Beading tread: pengganti reben silk yang kebiasaannya kita gubah untuk bunga telur.
6) Batang lidi satay: cucuk dan gam terus pada teddy bear. Nak yang berkualiti, belilah kat kedai jual alatan pengantin. Sebelum ni hakak beli kat Econsave. Memang tak cun. Pendek dan rapuh batang lidinya. Sesuai untuk jualan produk makanan, menjimatkan. Kurang sesuai untuk projek deco.
7) Mini kad: tebuk lubang kecil dipenjuru untuk sisip masuk reben bead melalui lubang tu. 

Mini kad tu hakak design, print, potong dan tebuk lubang sendiri. Kalau upah kedai maunya dalam rm150-200 untuk 100pcs. Hakak target nak buat 100pcs bunga telur as requested by SIL. Tapi bila tengok kos barang mentah yang lap dahi nak beli. Limitkan pada 30 saja bunga telur teddy bearnya. Yang balance masih pikirkan lagi cara nak deconya hihi... Myb juz paper crepe design? Wait n see... Jom follow idea hakak. Myb boleh bantu korang buat bunga telur teddy bear sendiri ;)

LANGKAH 1: menyediakan gubahan paper crepe.

Mula-mula sekali paper crepe potong 4. Kemudian potong dua untuk senang nak lipat reben.

Lipat reben dan bahagi dua, ikat dengan flower ribbon (dawai pengikat) macam gambar kat atas.

Tarik paper crepe dengan perlahan-lahan supaya kertas tak koyak. 

LANGKAH 2: membungkus wrapping paper layer 1 & 2. Sila rujuk gambar-gambar di bawah.

Layer pertama:
Ikatkan bahagian bawah wrapping paper supaya tak jatuh. Nak selamat lagi gam dengan hot gun. 

Layer kedua:
Ikuti langkah seperti layer pertama tadi. Ikat dan gamkan bahagian bawah wrapping paper.

LANGKAH 3: sisipan mini kad

Tebuk lubang di penjuru kad. Kalau boleh dapatkan puncher bermata halus. Kalau puncher biasa lubangnya lebih besar. Tak ingat jumpa puncher ni kat mana. Bertahun berkhidmat untuk tuannya: projek deco contest dan lain-lain tentunya ngeh3...

Sisip masuk beading thread dan tampal dengan hot gun di sudut bawah wrapping paper.

Perkemaskan dengan wrapping reben (pita berpelekat putih atau hijau) seperti gambar di atas. Gulung untuk menutupkan cela dari wrapping paper dan beading comot dari hot gun. Gulung ikut kehendak dan citarasa anda.


HASILNYA:
Tadaaa....! Inilah hasilnya. Dah siap cucuk atas polistren supaya wrapping paper tu tak kedut atau ronyok bila letak setambun dalam kotak. Simple dan menjimatkan kos. Dan lagi boleh deco sendiri ikut citarasa kita. 

Untuk amatur seperti hakak, nak siapkan sebatang pun jerih. Tapi puas hati, dapat buat guna tangan sendiri. Dah buat survey kat kedai dan jualan online. Yang simple je sebatang RM 5-8 sebatang. Kalikan dengan 30? Huhuhu... Takpelah, lebih besh guna kudrat sendiri. Boleh unleash bakat terpendam! Hahah... So sapa-sapa nak try buat bunga telur teddy bear, bolehlah mencubanya. Hakak rujuk pada gambar dalam internet saja. Takde yang betul-betul sharing step by step cara nak buat bunga telur teddy bear. 

Oh ya, untuk sisipan dalam bunga telur. Anda boleh letak telur, coklat, jelly atau lain-lain jenis makanan yang korang rasa sesuai. Hakak tak taruk apa-apa sebab nak jaga kualiti bunga telur ni. So orang boleh simpan buat kenangan je tanpa mengoyakkan atau mencacatkan keadaan bunga telur ni. Boleh pandang, pegang. Tapi bukan untuk dimakan hihi... So boleh panggil bunga telur lagi ke?

Tuesday, June 17, 2014

FOR SELL ~ THEPOPLOOK Haley Pink & Faridah Light Brown

~ALL RESERVED~


Nak jual top ThePopLook Haley Pink ni. Sebab nak jual, besar sikit untuk daku. Saiz L dengan harga asal pembeliannya RM69. Free delivery. Dah offer baik punya. Sapa nak boleh email ke wansteddy@gmail.com atau wassap 0193063558. Sapa cepat dia dapat.

Pastu nak jual set FARIDAH ThePopLook dengan harga RM150 sahaja. Harga sebenar RM174 untuk full dress dan shawl labuh ni. Jimat RM33 dengan RM24 harga asal dan RM9 kos postage. Baju tu preloved sebab hanya sekali pakai. Kain masih elok tak disentuh. Tag pun masih ada. Tudung tercabut tagnya, tapi belum pernah guna. Tercicir nak amik gambar belt kat baju dia. Tapi jangan risau, nanti semua set aku pos sekali pada pembeli. Untuk maklumat lengkap mengenai baju ni:

1) Faridah Dusty Brick / Light Brown~ saiz M: RM142
2) Eula Headscraf Faridah Light Brown ~ RM32

Harga consider murah sebab main dan tudung langsung belum guna. Hanya baju je baru sekali pakai. Kondisi baju pun sangat baik.  Sebab tu offer harga murah. Tak sampai hati nak jual actual price. So kalau ada yang berminat boleh email atau telefon seperti alamat dan nombor tertera di atas. Sapa cepat dia dapat. 

Boleh rujuk gambar dibawah macam mana nak gayakan dress Faridah ni.

Paparan hadapan

Paparan Belakang


Friday, July 6, 2012

Putu Kak Mek ~ Kuih tradisional untuk dijual!


Promo jualan Putu Kak Mek. Sempena Kenduri Rakyat 1Malaysia nanti Wan tolong jualkan kuih tradisional hasil tangan emak Wan sendiri. Putu Kak Mek. Sedap sangat tentunya sebab hasil tangan sendiri. Bukan dengan hasil pembuatan mesin. Putu Kak Mek memang original halus dan lembut. My mak bukan bakar guna oven sebaliknya guna kaedah tradisional gunakan acuan, ketuk dan jemur. Memang jarang dah nak jumpa kuih tradisonal dengan teknik lama camni.  Esok kat jualan Kenduri pun Wan akan bawa kuih putu ni sebagai salah satu bahan jualan. Jomlah singgah!

Kalau berminat boleh order dengan Wan. Hubungi nombor ni 0193063558. Atau email ke washifalo@yahoo.com. Nak datang ambil sendiri pun okey, jumpa Wan kat Putrajaya atau area KL. Sengkiusss!


JOM BELI! Wansteddy Garage Sale!!!



Sempena Kenduri Rakyat 1Malaysia ni Wan nak buat jualan lelong. Antara barang yang akan dijual, produk penjagaan muka, perfume, alat make up, sabun dan lain-lain lagi. Yep, kebanyakkannya hadiah yang Wan menang dulu. Memang ada yang tak pakai, Wan lepaskan je kat keluarga, kawan-kawan. Tapi ada juga stok barang yang memang dorang pun tak berminat. Rasanya eloklah Wan jual je murah-murah. Manatau kot ada yang berminat.  Kawan-kawan yang tinggal area Putrajaya, jomlah singgah gerai jualan Wan yeh. Berikut maklumat lanjut tentang Kenduri Rakyat 1Malaysia ni.

Tarikh: 7 Julai 2012 (SABTU ni)
Masa: 7 pagi hingga 5 petang 
Tempat: Padang permainan 5R6, Presint 5, Putrajaya. 

Lokasi apartment ni berdekatan dengan PICC, Putrajaya dan sekolah baru yang belum dibuka. Bangunan kaler hijau, kelabu. Antara program yang akan dijayakan di Kenduri Rakyat 1Malaysia ialah, sukaneka kanak-kanak, karaoke, gotong royong memasak, gerai jualan, pameran, pemeriksaan kesihatan dan CABUTAN BERTUAH. Jom singgah!

Saturday, June 9, 2012

iPad2 FOR SALE!

iPad2 BARU.
Belum buka kotak. 
Harga sebenar: RM 1199
Harga tawaran: RM 1100 sahaja.
Warna: HITAM

Jika berminat sila hubungi/sms Wan: 0193063558
washifalo@yahoo.com

DIGALAKKAN ambil sendiri di Putrajaya. Siapa cepat dia dapat. Barang yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan semula. Dan sebarang kerosakan adalah tanggungjawab pembeli selepas bayaran dibuat. Tq!

Tuesday, June 5, 2012

iPod Nano 8GB ~ SOLD!



SOLD!
 iPod  Nano 8GB baru. Belum buka kotak. 
Harga sebenar: RM 449.00
Harga tawaran: RM 350 sahaja.
Warna: Hijau

Jika berminat sila hubungi/sms Wan: 0193063558
washifalo@yahoo.com
DIGALAKKAN ambil sendiri di Putrajaya. Siapa cepat dia dapat. Barang yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan semula. Dan sebarang kerosakan adalah tanggungjawab pembeli selepas bayaran dibuat. Tq!

Saturday, May 5, 2012

4 tix AmeiZing konsert for sell!

Siapa nak beli tiket konsert Ameizing di Dataran Merdeka malam nanti, boleh hubungi wan 0193063558. Ada 4 tiket untuk dijual. 1 tiket bernilai rm128. Wan let go rm50 sahaja per tix. Urusan jual beli di Midvalley.

Siapa cepat dia dapat!

Wednesday, March 7, 2012

iPod Shuffle 2GB for sale

iPod Shuffle 2GB baru. Belum buka kotak. 
Harga sebenar: RM169.00. 
Harga tawaran: RM130 sahaja.
Warna: Hijau

Jika berminat sila hubungi/sms Wan: 0193063558
washifalo@yahoo.com
DIGALAKKAN ambil sendiri di Putrajaya. Siapa cepat dia dapat. Barang yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan semula. Dan sebarang kerosakan adalah tanggungjawab pembeli selepas bayaran dibuat. Tq!

Thursday, February 9, 2012

Generasi ke-3 Ipod Shuffle 4GB SOLD!

SOLD
Kapasiti: 4GB
Warna: SILVER
Harga Di Pasaran Malaysia: RM 309.00 
 Tawaran harga: RM250.00 sahaja.
Kondisi: Baru, belum buka kotak
Cara jual beli: Digalakkan ambil sendiri di PUTRAJAYA. Dikhuatiri barang hilang dalam proses kiriman barang. Pembayaran dilakukan secara tunai sahaja.

Sekiranya berminat sila hubungi Wan di alamat email berikut: washifalo@yahoo.com atau no HP: 0193063558. Terbuka kepada siapa cepat, dia dapat. Terima kasih.


Specs:
Size and Weight: Height: 1.8 inches (45.2 mm), Width: 0.7 inch (17.5 mm), Depth: 0.3 inch (7.8 mm), Weight: 0.38 ounce (10.7 grams), True volume: 0.26 cu inches / 4,326 cu mm

Mac Requirements: USB 2.0 port, Mac OS X v10.4.11 or later, iTunes 8.1 or later, Broadband Internet access (fees may apply), iTunes Store account4

PC Requirements: USB 2.0 port, Windows Vista or Windows XP Home or Professional (Service Pack 3 or later), iTunes 8.1 or later, Broadband Internet access (fees may apply), iTunes Store account4

Audio: Skip-free playback. Audio formats supported: AAC (16 to 320 Kbps), Protected AAC (from iTunes Store), MP3 (16 to 320 Kbps), MP3 VBR, Audible (formats 2, 3, and 4), Apple Lossless, AIFF, and WAV

Capacity: 4GB flash drive1, Up to 1,000 songs in 128-Kbps3, AAC format \Battery, Rechargeable lithium polymer battery, Playback time: Up to 10 hours when fully charged6

Input and Output: 3.5-mm stereo headphone jack

MP4 Model Cool 2 for SALE

MP4 Model Cool 2
Kapasiti: 4GB
Ciri-ciri: MP4 Player, FM Radio,
Voice Recorder AMV Video Clips.
Warna: MERAH sahaja
 Tawaran harga: RM70 sahaja.
Kondisi: Baru, belum buka kotak
Cara jual beli: Digalakkan ambil sendiri di PUTRAJAYA. Dikhuatiri barang hilang dalam proses kiriman barang. Pembayaran dilakukan secara tunai sahaja.

Sekiranya berminat sila hubungi Wan di alamat email berikut: washifalo@yahoo.com atau no HP: 0193063558. Terbuka kepada siapa cepat, dia dapat. Terima kasih.

Tuesday, January 17, 2012

iPod Shuffle 2GB for sale - SOLD!

SOLD
iPod Shuffle 2GB baru. Belum buka kotak. 
Harga sebenar: RM169.00. 
Harga tawaran: RM130 sahaja.
Jika berminat sila hubungi/sms Wan: 0193063558
washifalo@yahoo.com
Boleh ambil by hand di Putrajaya atau melalui kiriman pos laju tambahan bayaran dikenakan sebanyak RM10. Siapa cepat dia dapat. Barang yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan semula. Dan sebarang kerosakan adalah tanggungjawab pembeli selepas bayaran dibuat. Tq!

Thursday, December 15, 2011

RevitaLens FOR SALE

Berminat nak beli jenama produk RevitaLens? Wan jual dengan harga murah-murah saja. Jangan risau! Wan belum buka lagi pakaging produk ni. Maka semuanya dijamin baik dan baru! Harga di pasaran untuk kotak besar 300ml  nilainya RM28.90. Untuk kotak kecil kandungan 120ml berharga RM14.90.

Harga jualan Wan: 
Kotak besar 300ml termasuk kotak lens, RM15 sahaja. 
Kotak kecil 120ml termasuk kotak lens RM5. 

Kalau nak beli kena order melalui email: washifalo@yahoo.com atau sms ke henset Wan: 0193063558.  Untuk penghantaran dengan pos laju akan dikenakan bayaran tambahan RM3. Untuk yang benar-benar berminat. Sebarang pembelian tidak akan dipulangkan semula.Terima kasih :)

Sedikit info berkenaan produk:

RevitaLens OcuTec® Multi-Purpose Disinfecting Solution
Membersih, mencuci, membasmi kuman, menghilangkan Protein kanta sentuh lembut (hydrophilic), termasuk kanta hidrogel silikon - Semua Langkah Satu botol.

Tuesday, December 13, 2011

Swivel Antique GLOBE for sale

Nak beli table globe untuk kegunaan sendiri? Jom order dengan Wan. Globe berukuran 10" (ukuran tidak termasuk kaki globe) ni dibeli di MPH. Masih dalam kondisi terbaik sebab belum pernah guna. Elok terletak dalam kotaknya.

Harga asal table globe ni ialah RM198.00. Harga yang ditawarkan untuk jualan RM150.00 sahaja. Sekiranya berminat boleh hubungi Wan melalui email: washifalo@yahoo.com. Telifon: 0193063558.

Wednesday, November 30, 2011

My Dear Safety Gate SOLD!

Status: SOLD

Berminat tak nak beli pagar keselamatan untuk anak korang? Wan jual murah je. Harga asal pagar ni RM159.90. Tapi stok ni Wan jual dengan harga RM80 je. Pagar ni masih baru, belum buka kotak lagi. Plan dah lama nak letak kat rumah Selayang dulu. Tapi asyik lupa je. Sampailah Damia dah besar panjang ni, tak buka-buka lagi pakaging ni. Nak letak sekarang macam tak kena pula. Anak daraku dah pandai memanjat. Kerja-kerja menyelenggara (menggodeh) pun dah makin handal. Jadi rasanya macam takde makna lagi nak gunapakai safety gate ni. Jom tengok ciri-ciri pagar keselamatan ni.


Siapa berminat juz pm wan kat facebook ATAU email kat sini: washifalo@yahoo.com ATAU sms/kol sini: 0193063558. Siapa cepat dia dapat. Ada 1 stok saja dalam simpanan Wan.


(Tidak termasuk kos penghantaran)