Design poster digital sempena Majlis Akikah dan doa selamat anak saudaraku Wan Ilma Farzana Binti Wan Hairulnizam. Tanggal 27 Disember 2014 bersamaan 5 Rabiulawal 1436Hijrah. Majlis akan diadakan waktu pagi.
Antara design lain yang aku buat untuk majlis akikah ni; kad untuk bunga telur, sticker goodies, sticker mineral water dan door gift. Insya'allah kalau takde aral akan terbitkan dalam actual product. Satu lagi idea yang bermain dalam kepala tapi cuma rancang (belum tentu buat). Buku mewarna sempena majlis akikah. Insya'allah... kalau ada rezeki Ilma, auntie akan buatkan. Khas, untuk Ilma. Masalahnya auntie sangat bergelut dengan masa dan kerja. Kerja pejabat, kerja contest, kerja rumah. Jadinya segala benda asyik bermain dalam kepala je. Nak lancarkan yang rasa jerih sikit. Kalau ada rezeki Ilma, adalah. Jika takde. Tunggulah next event. Insya'allah...
Memang kerja rekabentuk kelam kelibut sebab sebenarnya majlis ni tak tau pun dirancang dalam Majlis persandingan adik nanti. Apa pun, mohon doakan agar perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan hendaknya, amin...
No comments:
Post a Comment