Nuffnang

Thursday, October 15, 2015

Tulisan MAAL HIJRAH jawi & kufi: FREE

Terlopong kejap  bila tengok entry MaalHijrah yang aku buat selasa lepas dapat view statistic yang agak tinggi (untuk blog ni). Selalunya puaslah nak tengok statistik pageviews yang tinggi camtu. Agaknya mungkin sebab orang google perkataan MaalHijrah terus keluar design aku (kot la). Macam aku jugak pun, bila nak cari idea buat design. Google dulu idea dalam internet. Tak sempat dah nak brainstorm, nak sketching pastu lukis vector then buat design macam dulu-dulu. Sekarang zaman shortcut. Google idea, manipulate baru. Agaknya ada yang berminat nak cari font jawi yang sesuai untuk design konsep MaalHijrah, tu yang singgah blog aku agaknya.

So, alang-alang aku pun cedok dalam internet. Aku make outline, jadikan vector. Maka aku nak share hasil tulisan Maalhijrah dalam bentuk jawi dan kufi. Manalah tahu berguna untuk projek orang lain pada masa akan datang. Sharing is caring. Tak luak pun nak berkongsi hihi... Tulisan ni dalam format png, so background transparent. Sapa-sapa nak guna hambiklah. FREE.


Maal Hijrah jawi
Sorry tak cantik sangat. Aku juz create outline. So line tak berapa kemas. Mana yang line ke laut sangat je aku betulkan. Lain-lain asal ado. Banyak lekuk nak touch up, maleh.



Maal Hijrah Kufi
Yang ni aku rajin touch up. Sebab mudah je nak garis lurus, erase, reshape. Walaupun renyah, tapi kalau nak cantik, kena rajinlah sikitkan. Al maklum ko copy pun dari file yang orang share. Belum tentu saiz file tu besar. So bila create vector haruslah line senget benget.

Yang ni logo rasmi Maal Hijrah. Biasa orang dapat dalam format jpeg. Ada background putih, betul? Sebab dorang tak save file yang transparent. So aku share format png jugak. Semoga memberi manfaat.

So korang nak guna file ni klik picture tu bagi besar dulu. Pastu save je lah. Simple.

Kat bawah ni design lain yang aku propose masa summit artwork dulu. Yang dorang approve design yang aku share sebelum ni dalam entry bertajuk Salam Maal Hijrah 1437/2015. Warna purple tu. Ada 4 design semuanya. Nasip baik dapat pegawai tak banyak songeh. Terus summit masuk website. Alhamdulillah kerja dipermudahkan. Aku pun tak serik nak bekerjasama lagi kikiki....

 Design 1

Design 4

No comments: