Nuffnang

Followers

Wednesday, March 23, 2011

Lukisan Wansteddy dalam banner LITRAK!

Pernah tengok design ni kat mana-mana? Kalau ya,  korang memang prihatin! hohoho.... Ya... Percaya atau tidak, lukisan ni pernah terpampang sebagai banner kat Tol Litrak! Litrak singkatan pada Lingkaran Trans Kota Sdn.Bhd. Happy betul aku tengok hasil lukisan aku dicetak besar-besar begitu. Lukisan tu dihasilkan sempena contest melukis poster Litrak 2009.

Selepas sertai contest melukis poster anjuran Litrak tahun 2008, aku cuba nasip lagi pada tahun 2009. Kisah pada tahun 2008 tu boleh rujuk dalam entry Kisah menang contest melukis Poster Merdeka LITRAK 2008.

Sayang sekali aku tak berkesempatan ambil gambar banner tu. Pertama kali tengok banner tu, aku tak bawa kamera. Kali kedua lalu highway tu, arah bertentangan pula. Ambil juga gambarnya tapi dari arah belakang. Mana nak nampak jelas hasil gambar tu kan... Sudahnya takde kenangan nak tengok banner Litrak dengan lukisan aku huhu... Tapi aku puas hati. Walaupun cuma dapat hadiah saguhati. Lukisan aku terpilih sebagai penghias banner Litrak! Selalunya penganjur akan pilih pemenang pertama atau kedua atau ketiga. Tapi tak sangka lukisan pemenang saguhati yang jadi pilihan. Sungguh terharu tau!

Hasil lukisan ni juga dijadikan ilustrasi untuk kalender Litrak 2010. Aku ambil semula gambar ni dari kalendar sebab lukisan asal aku dah serahkan kat penganjur sempena contest tu. Memang tak boleh ambil balik. Tengok sisi kalender tu. Siap ada note pad lagi. Besh... Sayang punya pasal. Aku tak pernah cemarkan notepad tu dari sebarang mesej. Tapi sempatlah kena conteng dari kawan opis ni. Ciz... hahah...

Untuk pengetahuan korang. Lukisan ni aku lukis kat Hospital Selayang tahun 2009. Masa tu Damia kena tahan di wad 8C sebab demam panas dan sakit kulit yang teruk. Bayangkan situasi aku. Melukis sambil jaga anak. Aku gunakan medium warna pensil. Nampak kurang menyerlah sebab aku tak dapat berikan sepenuh tumpuan untuk lukisan ni. Lucunya masa sibuk mewarna tu ada-ada je nurse dan sister datang menjenguk aku melukis! hahaha... Tak pernah ada parent buang tabiat buat contest melukis dalam hospital agaknya, hohoho... Beshnya sambil melukis tu ada juga parent dan anak-anak yang datang tengok aku melukis. Walaupun sedikit segan, aku jenis tak boleh orang melangut tengok aku siapkan drawing. Tapi rasa seronok juga dapat hiburkan anak-anak yang sakit secara tak langsung. Dan luangkan masa parent yang kebosanan di wad tu.

Memang tak taruh harapan menang, terpilih sebagai pemenang saguhati pun jadilah. Buat aku gembira juga. Dan lebih terharu, lukisan diangkat jadi bahan ilustrasi khas dalam banner Litrak. Suatu bonus besar buat aku. Terima kasih Litrak!


17 comments:

bardboo said...

sy kagum dgn org yg ada bakat melukis mcm nie.. =)

Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

mummy_ayu said...

cantik tu..pernah2 ternampak lukisan tu..cayalah..

Wansteddy Tales said...

bardboo ~ trimas bardboo, bnyk lagi wan kena improve pasal skill drawing ^^

Wansteddy Tales said...

mummy_ayu ~ trimas ayu^^ wan tingin sngt nk amik gmbr banner tu, xberkesempatan pula, sayang...

BIONIC WOMEN said...

sangat kagum ngan wan yg pandai melukis..tangan eily ni kayu batu besi dan seangkatan dengannya..
kalau lukis itik tu belum tentu nampak macam ayam, silap haribulan nampak macam serigala..hahaha..

tahniah wan...cantik lukisan tuh

CaDLyNN said...

wan mmg berbakat~ kalo lin masuk sure kalah :p

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wan mmg kretif tau.. suka ila tgok comel2 hasilnya

Wansteddy Tales said...

BIONIC WOMEN ~ kalau asah skill lama2 boleh jd pro eily. wan ada kawan yg basic art mmg xde. tp rajin asah skill lama2 stroke dia lagi hebat berbanding illustrator sedia ada ^^ eily can do it! caiyo2 :)

Wansteddy Tales said...

CaDLyNN ~ ala Lynn, kdg2 tu idea dan konsep yg diutamakan. kdg tu lukisan cantik pn blm tentu menang. ikut pengalaman wan dan kawan juga ni :)

Wansteddy Tales said...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ trimas Ila ^^ bnyk lagi nk kena belajar wan ni :)

Bukan Bidadari said...

mmg berjiwa seni..... hehehehe tahniah

Cik Puan Nurul said...

wan nk tnya kan watercolor jenis apa ye yg sesuai tuk color pada permukaan kayu..mcm nk color kat wooden peg cloth tu

Wansteddy Tales said...

Ema ~ satu hari kena spend masa lukis tangan balik. dah lama tak buat ^^

Wansteddy Tales said...

Cik Puan Nurul ~ wan xpasti org lain guna apa. tapi selalunya atas kayu kita guna color plaka atau akrilik sbb tone dia lebih pekat. kalau guna watercolor nnt meresap masuk dlm kayu :)

Soo Bakery said...

bertuah badan jd org seni nie :))

AcuRose said...

cantik lukisan tu wlaupun lukis dlm wad. Mmg berbakat wan nih. Nnti acu guna litrak highway kalu ternampak banner lukisan acu tolong snap kan ye.. :)

AyuArjuna BiGoshh said...

terbaikkkk wan :)