Nuffnang

Wednesday, March 23, 2011

Kisah menang contest melukis Poster Merdeka LITRAK 2008

Pada tahun 2008, aku sertai contest melukis Poster Merdeka anjuran Litrak. Lukisan ni asalnya aku buat untuk projek kerja pejabat. Tapi saat akhir aku buat untuk contest. Dan tak sangka lekat nombor 3! Alhamdulillah... Walaupun ini kisah lama, tergerak hati nak berkongsi pasal lukisan ni.

Poster yang belum siap. Aku gunakan medium pensil warna dan pen dakwat hitam. Memang makan masa nak hasilkan lukisan dengan pencil warna. Nak-nak untuk lukisan bersaiz A3. Pernah aku hasilkan lukisan bersaiz A1! Itu lagi menggilakan haha.... Tapi hasilnya memuaskan hati. Sebab aku suka dengan stroke pensil. Untuk lukisan ini aku ambil masa 3 hari untuk siapkan sepenuhnya.

Ruang yang bersepah. Aku kalau dah fokus pada kerja drawing memang tak boleh berhenti-henti. Nanti mood melukis tu stop stroke pn jadi lain. Sanggup tinggal makan dan tidur untuk siapkan drawing ni.

Tips mewarna aku:
Kalau melukis secara manual. Pastikan lapik tangan dengan kertas. Untuk elakkan kotoran yang melekat di tangan mengesel hasil lukisan di bawah. Lagi pun kertas alas tu boleh gunakan sebagai panduan memilih skim warna yang sesuai ikut ton warna.

Hasil lukisan ni dijadikan kalendar 2009! Aku amik keratan design aku dari kalendar dan muatkan dalam frame IKEA bersaiz 4R. Ngam masuk dengan tambahan frame buatan sendiri. Kalau perasan ada sebahagian tulisan yang berlubang-lubang. Kesan dari tebukan kalendar tu :)

Terima kasih pada Litrak dengan keputusan yang besh ini! Hasil lukisan aku menang tempat ketiga. Kisah kemenangan tu diabadikan dalam surat khabar NST tahun 2008. Terpampang besar gambar aku dan Damia di dalamnya. Siap bos aku maklumkan kat aku. "Eh, i jumpa gambar you dalam paper NST semalam!" Semuanya kerana Damialah tetamu termuda pada hari tu. Dan sangat gedix okey... Boleh rujuk artikel berkenaan contest tu di akhbar online NST dengan tajuk Mum wins, but baby gets the attention. 

Tapi gambarnya takde pulak. Nantilah aku cari gambar tu dan scan masuk dalam blog nanti. Buat kenangan. Cuma dalam akhbar tu ada sedikit error. Sepatutnya aku menang tempat ketiga. Tiada tempat pertama dan kedua. Tapi wartawan tersilap tulis, aku menang hadiah saguhati. Takpelah. Kecik punya hal. Gambar masuk surat khabar pun hati dah senang hohoho....

6 comments:

EiJa ZaQuaN said...

wah..mmg berbakat la wan ni..
cantik poster hasil lukisan wan..
msti la sronok kan hasil kita dihargai..dijdkan kalendar n masuk paper pulak tu..

Wansteddy Tales said...

EiJa ZaQuaN ~ tak terkata Eija. projek ni asalnya utk opis. bnyk songeh sangat sana sini. join contest sekali diterima! kdg2 tu org kita ssh nk hargai usaha kita. xsama mcm org luar nilaikan hasil kerja kita. wallahualam :)

Adil said...

wah cantek gila ! gune pensel warne kan? tpinmpak mcm buat gne komputer !
tahniah ;D
hadiahnyer apa kak wan?

Devi da Lil' DeviL said...

wah , sungguh berbakat..cantik lukisan and colouring tu..rajin betul...:) i like and congrats!

Wansteddy Tales said...

Adil ~ ni lukisan manual. Kalau perhati betul-betul boleh nampak stroke warna tu. Akak memang suka guna jalinan halus2 sbb tu untuk lukisan bersaiz A3 makan masa 2, 3 hari nak siapkan sepenuhnya. mmg letih. Tapi hasilnya... kepuasan maksimum :D

Wansteddy Tales said...

Devi da Lil' DeviL ~ trimas Devi. Hadiah ketiga saja. Tapi ok la. Boz2 xnak terima design ni. Ikutkan wan'nyer projek kerja. Bila design ni publish sbg pemenang, barulah dorg mintak balik design ni. Wan tak bolehla bagi, sbb dah jadi hak milik Litrak lepas join contest kan. Tapi mmg xsangka drawing simple2 camni pun terpilih. bersyukur sngt :)