Nuffnang

Followers

Monday, December 15, 2014

TUTORIAL Bunga Telur Teddy Bear

Sempena majlis Akikah anak saudara hakak hujung bulan nanti, hakak luangkan masa buat bunga telur untuk tetamu dan orang marhaban. Cerita lanjutnya dalam entry bertajuk:  Majlis Akikah dan Doa Selamat Teruja nak mencuba design teddy bear, ala-ala bouquet tu kan. Tup-tup timbul idea nak blogkan tutorial cara pembuatan bunga telur teddy bear ni. Jomlah jengah cara hakak. Tak molek mana pun sangat sebab 1st trial kan. Apa pun bolehlah jadi panduan pada yang nak mencuba :)


Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Teddy bear: beli lambak sebungkus 30pcs berharga RM63.00. Beli kat Nilai 3. Mahal murah tak surelah pula. Survey 2 kedai je, harga, patern dan warna teddy bear lebih kurang tu jugak.
2) Paper crepe: warna ikut suka. Hakak pilih putih. Suci bersih ibarat baby. Nak jimat lagi boleh guna kertas tisu biasa.
3) Wrapping paper layer 1: silver color kontras dan syncronize.  
4) Wrapping paper layer 2: polkadot pink for baby girl 
5) Beading tread: pengganti reben silk yang kebiasaannya kita gubah untuk bunga telur.
6) Batang lidi satay: cucuk dan gam terus pada teddy bear. Nak yang berkualiti, belilah kat kedai jual alatan pengantin. Sebelum ni hakak beli kat Econsave. Memang tak cun. Pendek dan rapuh batang lidinya. Sesuai untuk jualan produk makanan, menjimatkan. Kurang sesuai untuk projek deco.
7) Mini kad: tebuk lubang kecil dipenjuru untuk sisip masuk reben bead melalui lubang tu. 

Mini kad tu hakak design, print, potong dan tebuk lubang sendiri. Kalau upah kedai maunya dalam rm150-200 untuk 100pcs. Hakak target nak buat 100pcs bunga telur as requested by SIL. Tapi bila tengok kos barang mentah yang lap dahi nak beli. Limitkan pada 30 saja bunga telur teddy bearnya. Yang balance masih pikirkan lagi cara nak deconya hihi... Myb juz paper crepe design? Wait n see... Jom follow idea hakak. Myb boleh bantu korang buat bunga telur teddy bear sendiri ;)

LANGKAH 1: menyediakan gubahan paper crepe.

Mula-mula sekali paper crepe potong 4. Kemudian potong dua untuk senang nak lipat reben.

Lipat reben dan bahagi dua, ikat dengan flower ribbon (dawai pengikat) macam gambar kat atas.

Tarik paper crepe dengan perlahan-lahan supaya kertas tak koyak. 

LANGKAH 2: membungkus wrapping paper layer 1 & 2. Sila rujuk gambar-gambar di bawah.

Layer pertama:
Ikatkan bahagian bawah wrapping paper supaya tak jatuh. Nak selamat lagi gam dengan hot gun. 

Layer kedua:
Ikuti langkah seperti layer pertama tadi. Ikat dan gamkan bahagian bawah wrapping paper.

LANGKAH 3: sisipan mini kad

Tebuk lubang di penjuru kad. Kalau boleh dapatkan puncher bermata halus. Kalau puncher biasa lubangnya lebih besar. Tak ingat jumpa puncher ni kat mana. Bertahun berkhidmat untuk tuannya: projek deco contest dan lain-lain tentunya ngeh3...

Sisip masuk beading thread dan tampal dengan hot gun di sudut bawah wrapping paper.

Perkemaskan dengan wrapping reben (pita berpelekat putih atau hijau) seperti gambar di atas. Gulung untuk menutupkan cela dari wrapping paper dan beading comot dari hot gun. Gulung ikut kehendak dan citarasa anda.


HASILNYA:
Tadaaa....! Inilah hasilnya. Dah siap cucuk atas polistren supaya wrapping paper tu tak kedut atau ronyok bila letak setambun dalam kotak. Simple dan menjimatkan kos. Dan lagi boleh deco sendiri ikut citarasa kita. 

Untuk amatur seperti hakak, nak siapkan sebatang pun jerih. Tapi puas hati, dapat buat guna tangan sendiri. Dah buat survey kat kedai dan jualan online. Yang simple je sebatang RM 5-8 sebatang. Kalikan dengan 30? Huhuhu... Takpelah, lebih besh guna kudrat sendiri. Boleh unleash bakat terpendam! Hahah... So sapa-sapa nak try buat bunga telur teddy bear, bolehlah mencubanya. Hakak rujuk pada gambar dalam internet saja. Takde yang betul-betul sharing step by step cara nak buat bunga telur teddy bear. 

Oh ya, untuk sisipan dalam bunga telur. Anda boleh letak telur, coklat, jelly atau lain-lain jenis makanan yang korang rasa sesuai. Hakak tak taruk apa-apa sebab nak jaga kualiti bunga telur ni. So orang boleh simpan buat kenangan je tanpa mengoyakkan atau mencacatkan keadaan bunga telur ni. Boleh pandang, pegang. Tapi bukan untuk dimakan hihi... So boleh panggil bunga telur lagi ke?

1 comment:

angel99 said...

Hi sis, boleh saya tahu ukuran untuk paper untuk wrap teddy bear. Thanks for the wonderful tutorial.