Nuffnang

Followers

Tuesday, December 15, 2009

Majlis perkahwinan rakan sekerja

Salam
Ahad lalu kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin salah seorang staff opis. Farisah & Meor Razali (suaminya). Majlisnya diadakan di UIA Gombak, dekat saja dengan rumah. Kebetulan pulak niat nak hantar komputer adikku yang sekarang menuntut di universiti yang sama.

Kami tiba lewat petang ke majlis Farisah. Walaupun dah lewat masih ramai baki-baki tetamu yang memeriahkan majlis perkahwinan Farisah ni. Sempat jumpa dengan Kak Leha, staf opis yang kini sedang bercuti panjang nak uruskan majlis perkahwinan anak perempuannya pada 19 dis 2009 ni. Sama pulak dengan tarikh lahirku. Ajak cucu Kak Leha main-main jap, Si kecil Eisya memang nampak pemalu orangnya. Tapi sudi pula didukung aku. Eisya dan Damia sama baya. Si Damia tengok Eisya asyik geram nak cucuk-cucuk mata dan hidung. Konon-konon dah pangkat kakak ni suka-suak dia je nak buli adik Eisya :)

Menariknya salah seorang tetamu majlis ni Ija, kawan en.hb di UiTM Shah Alam dulu dan isterinya Zetty. Sempatlah berborak ketahui perkembangan terkini. Tak sempat nak bergambar dengan pengantin, kami bergambar saja dengan kawan en.hb. Kredit untuk en. Wira krew jurufoto dari blog masputeh yang sudi merakamkan gambar kami berlima.


Tengok mek Damia berkerut muka. Ehehhee...

Dari kiri: en.hb, Damia, aku, Zetty dan Ija




Jarang-jarang berpeluang jumpa kawan-kawan en.hb. Walaubagaimanapun, malamnya kami menerima berita sedih tentang kematian kawan baik en.hb dan Ija yang lemas di Rantau Abang, Terengganu. Beritanya ada dimuatkan dalam surat khabar semalam. Arwah Bad lemas bersama-sama bapa mertuanya. Al fatihah untuk Bad dan bapa mertuanya.

3 comments:

yantz-yeem said...

weh nie gambo dr wira ke? aku pon nak mintak gmbo kitorang gaks

weh yg dlm gambo tu dah arwah ke? al-fatihah

Wansteddy Tales said...

yup. smpt snap 2 pic je huhu...
eh, bukan yg dlm gambar tu yg meninggal. kwn mi yg len. tp dorg ni sumer geng la masa kat uitm dlu. kwn mi dlm pic ni yg inform psl kemalangan tu.

onniey84 said...

gembira nya sri tengok damia dah berubah...
muka dah tak merah mcm dulu...
kulit pun dh semakin elok..
semua ni berkat dr kesabaran..
Alhamdulillah