Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, December 31, 2009

TEMPAT KEDUA: Peraduan Fotogenik Bayi dan Ibu Bapa

Pada 19hb Disember 2010 (Sabtu), kami sekeluarga hadiri satu pertandingan baby bertajuk Peraduan Fotogenik Bayi dan Ibu Bapa anjuran bersama produk Pureen dan Mydin Selayang. Contest ini bermula pada bulan oktober hingga bulan november. Pada mulanya aku sangka diminta hadir oleh staff Mydin untuk menerima hadiah sahaja. Tak sangka pulak kenal lalui dahulu proses pertandingan memilih pemenang melalui cabaran lanjutan. Disebabkan inilah pertama kali aku sertai contest sedemikian, rasa jakun tu xboleh nak sorok. huhu....

Inilah satu-satunya gambar yang dipertandingkan. Aku cuma isi satu borang saja, tak sangka terpilih. Memang bertuahlah gambar ayah dan damia ni.

Sibuk berjoget... Damia dikehendaki bermain-main di pentas mini sambil ditemani ayah. Sebab gambar ayah je dalam gambar tu maka hanya ayah layak bersama-sama dengan Damia. Aku ler tukang amik gambarnya huhu...

Damia memang happy sungguh dapat setimbun mainan. Sampaikan tak tahu nak pegang yang mana satu. Aku nyanyikan lagu kegemaran dia Afi dan Abah dalam drama Astro Ceria tu pun dia tak layan. Sungguh ralit bermain. Harunya, bila masa 60 saat dah tamat, tak nak lepas mainan pulak. Nak sambung main lagi. Tak pasal-pasal jadi bahan gelak mek damia haritu kekeke....

Muka macam tak puas hati je. Dapat hadiah penyertaan. Hamper kecik dalamnya ada bekas air ben 10, mandian pureen, ubat gigi, wet tissue, nappy cream dan beberapa keping pampers jenama pureen.

Ruang tapak pertandingan. Buat dalam ruang beli belah Mydin jugak sebab tu sempit. Bagaimanapun aku tak kisah asalkan sejuk ada air cond. Sambil-sambil boring tunggu nombor giliran, boleh marayap cari stok bulanan. Sambil menyelam minum air.

Muka Damia yang nampak tak percaya. Sebenarnya sebelum diumumkan pemenang kedua, aku memang dah nak gerak balik sebab yakin betul tak menang. Hadiah hanya untuk 13 pemenang. Tempat pertama, kedua dan ketiga dan sepuluh saguhati. Masuk tempat ketiga tak naik jugak nama Damia aku dah frust. Siap tolak troli barang nak pergi bayar. Baru gerak beberapa inci nama aku naik. Hoyeayyy!!! Tahniah untuk mummy! Tahniah untuk baby Damia!! Tahniah juga untuk ayah!!!

Hamper ni berat betul. Menyenget en.hb bawanya. Belakang ada dua pek besar pampers pureen saiz (M) dan (L). Tinggi hamper lagi dari Damia. Banyak sangat stok produk pureen. Sayangnya tak satu pun damia boleh guna sebab Damia ada alahan. Kulitnya tak tahan dengan produk jenama tertentu. Takat ni aku dah bagi beberapa barang pada kakak aku. Dan dalam perancangan nak bahagi-bahagikan lagi pada nanny damia yang baru lahirkan baby dan pada jiran sebelah rumah yang ada baby boy. Okeylah dari tersimpan je tak gunakan...

Bersama trofi kemenangan.

Tulisan pada trofi damia.

Antara produk dalam hamper untuk damia. ini sebilangan kecil je. kat bahagian belakang dan atas pun ada lagi. Tu pasal hamper ni berat. Terima kasih kepada pihak penaja Mydin selayang dan Pureen.

Lucky no. 17!

Logo pada trofi

7 comments:

QuEeN Of 2 Heroes said...

tahniah damia...ibu dan ayahnya juga... :)
sama la ngan si darwish tu..x bole sebarangan produk..johnson je yg dia bole...ade alahan...yg mane present bkn johson ibu & ayahnya tolong habiskan..hehehe :P

onniey84 said...

Damia mmg layak menang...
Damia mmg Cute!!

Hanz said...

Tahniah pada si-kecik. Wan, Happy New Year to u & your loved ones. May 2010 lagi bertuah hendaknyer... :D

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tahniah!menang besar gitu!patutnya dapat no 1 comel macam ni :)

wansteddy said...

thanx nad... drpd rugi terbuang lebih baik org tuanya pakai. saya langsung tak bg pape produk kat damia. pakai krim yg hospital kasi je krim aquoes. xde bau juz pelembab kosong. mandi pn guna yg itu juga.

oniey... thanx...tingat lak ketika dlu suka taruk gambar damia dlm forum amnet. suka je ble kenkwn2 len ikut berbls2 upload pic ank2...

hanz... thnax...semoga thn depan dan seterusnya akan berikan kebahagian pada hanz dan sluruh keluarga juga hndaknya, amin...

i z z a said...

lmbt wish..ape pn tahniah ya damia.rezeki damia

wansteddy said...

thanx eliss n izza :)

sbnrnya ramai lagi yg join baby gebu2 comey2... mmg xjangka damia boleh menang.