Nuffnang

Tuesday, January 5, 2010

Ah! kusutnya.....

Dah lama sungguh tak blogging. Aku tak banyak masa nak update cerita memandangkan pc baru di rumah belum install internet software lagi. Aku pun sedang kusut dengan kesihatan Damia yang kejap baik kejap tak sihat tu.

Aku juga dilanda masalah nak hantar Damia kepada nanny yang masih belum ditemui. Memandangkan nanny Ma baru saja bersalin, kami terpaksa cari nanny baru untuk Damia. Aku rasa ralat juga sebab nanny Ma jaga Damia dengan baik. Aku pun suka tengok Damia yang baik-baik saja dengan anak-anak nanny Ma. Tapi kenangkan nanny Ma masih dalam pantang dan baby newborn masih kecil, tak sampai hati nak hantar Damia seperti permintaan nanny Ma sendiri.

Aku pun rasa risau jugak sebab damia ni agak lasak dan terlebih penyayang orangnya. Kalau tengok budak kecik atau dirasanya lebih kecik darinya, Damia suka-suka hati je nak dukung. Kalau tak dapat dukung, dapat cucuk mata dan cucuk pipi dan cucuk telinga pun jadilah. Tu pasal aku risau. Tak pasal-pasal kang kena marah lak sebab nak mengusik anak orang. Memang aku rancang juga nak letak balik Damia bawah jagaan nanny Ma. Tapi lebih kurang bila baby newborn nanny Ma dalam usia 4 ke 5 bulan ke atas. Masa tu nanny Ma pun mungkin dah kuat nak jaga dua baby serentak.

Memanglah Damia dah pandai berjalan, dah boleh berdikari sedikit. Tapi kadang-kadang Damia ni meragam jugak. Aku memang tak nak menyusahkan orang. Itulah yang sebenarnya. Ah... macam luahan perasaan pulak entryku kali ini. Maaflah kalau panjang lebar. Aku memang tengah kusut ni.

Damia masih dengan batuk-batuk dan selsemanya. Nasiplah dah tak demam lagi. Tapi dia tak selesa. Meragam je. Sekarang aku bawa dia di opis. Sudahnya kerjaku tak jalan. Terpaksa bergilir dengan en.hb. Tidurnya nak di atas bahu. Takut kena tinggal agaknya.

Jadinya aku memang kusut. Berapa kali dah aku mengulang tulis perkara yang sama. Kusutnya...

2 comments:

ema82red said...

aku pun kusut gak dgr kisah ko ne.. huhuhu.... kusut-kusut

wansteddy said...

aahaaahaaa... bawa pembaca aku kusut sekali. adu....la