Nuffnang

Followers

Friday, January 8, 2010

Damia dan nanny Ma

Harini jenguk2 blog Cik Sayor tersentuh hati baca story dia harini. Rajin sungguh bangun pagi masakkan bubur untuk anak teruna encemnya itu. Kalau aku... bencinta nak masak2. Mak siapa la malas sungguh ni. hiii....

Ye, harini Damia dihantar ke nanny Ma kembali. Untuk pengetahuan korang, nanny Ma masih dalam pantang. Aku memang beratttt hati nak hantar Damia ke rumah nanny Ma. Bukan kerana aku tak puas hati dengan asuhannya. Tapi tak sampai hati kenangkan nanny Ma masih lemah berpantang. Baru masuk 2 - 3minggu gitu.

Memang aku dan en.hb ada usaha yang suam-suam kuku juga mencari nanny baru. Tapi tak jumpa yang berkenan. Yang diketahui bagus mengasuh kanak-kanak, tak sudi pulak tambah bilangan budak jagaan. Yang sanggup menjaga... aku pulak kesiankan anak nak letak bawah asuhannya. Jadinya aku takde pilihan lain selain bawa Damia ke opis selasa lalu. Lagi pun masa tu Damia masih belum sembuh demam selsema dan batuk-batuk.

Pandangan dua tiga orang staf dah lain, aku pulak tak sedap hati. Berbahagi rasa sama ada kesiankan anak atau rasa serba salah dengan pandangan yang tak berapa nak mesra-mesra tu. Sudahnya rabu, khamis aku cuti. Ah, dah buang camtu je cutiku.... Tapi demi anak, aku korbankan juga.

Akhirnya malam khamis kami putuskan tanya nanny Ma kenal tak mana-mana pengasuh yang boleh jaga Damia. Nanny Ma tak mahu lepaskan Damia. Dia suruh juga aku letak Damia bawah jagaannya. Lagipun ada adiknya membantu dalam berpantang tu. Nanny Ma beri harapan jugaklah yang adiknya boleh tolong jagakan Damia. Insya'allah... Aku agak khuatir jugak. Datang kerja dengan perasaan serba salah dan tak gembira.

Harini percubaan saja. Kalau tengok reaksi Damia yang tak selesa mungkin kami terpaksa ambil langkah drastik juga cari nanny baru dalam masa dua hari cuti hujung minggu ni.

4 comments:

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

re : sorry...ada kesilapan teknikal tadi...cuba sekali lagi..

or

http://littlestoryfromlittlefamily.blogspot.com

Qastalani® said...

Hoish.. jangan le puji lebiy2.. malu leee..

Selama ni bagus ke asuhan nanny Ma tuh?

I baru dapat tahu, my nanny tuh tinggal2 anak I dengan budak2.. Semalam bekas suami buat spot check dan beritahu.. Dia tengok mata QZ nih berair macam da nangis lama. X reti nak ckp jugak. QZ tu pun jenis Raja Air Mata. Menangis memang jenis beria.. haihh

Wansteddy Tales said...

okes :)

Wansteddy Tales said...

ehe!
siannya Qz... tu la susahnya tgl2kan bwh jagaan org kan. penah nmpk depan mata kepala sndri nanny indon tgl2 je ank asuhan dia kat dlm rumah. yg dia syok2 gi bergosip dgn jiran kat hujung blok. adu la... sian anak2 asuhannya tu. cmtu la yg damia kena dgn nanny lama merangkap makcik drama tu. anak2 asuhan dia kunci dlm rumah bergril. yg dia g lepak2 kat kedai2 jiran. bahaya betul. satu lg tanpa pengawasan org dewasa tu. kesal betul dgn sikap dia. hurm...

saya serik nk hntr sebarang kat org. nanny ma ni macam bagus je jaga. damia pn mmg suka bkwn dgn ank2nya. tp tu le.. xsmpi hati nk susahkn dia yg tgh pantang. dgn bb kecik lagi. rs kesian sungguh.