Nuffnang

Monday, March 1, 2010

Alice in Wonderland

Sebenarnya aku dah buat satu entry yang penuh warna-warni pasal filem dan animasi Alice In Wonderland ni. Segalanya yang aku geledah dalam internet aku humban dalam satu entry. Dari buku ke filem, drama, poster, ilustrasi, gambar, permainan komputer dan segalanya! Tapi bila aku cuba post, pofff! hilang! Sungguh ciz! Penat diriku buat kerja sebelum ni tau. huhu....

Kan aku dah bagitau dulu yang aku tertunggu-tunggukan filem ini. Sebenarnya tarikan filem ini pada pelakonnya hero tua mr. Johnny Depp tu. Boleh kata semua karektor pelik-pelik mr. Depp ni aku suka. Sebab dia memang belajar untuk kuasai watak dia. Dan aku sukakan lakonan tunang pengarah filem ni en. Tim Burton. Cik Helena Bonham Carter. Kedua-dua pelakon ni selalunya berlakon karektor yang pelik2. Imej gothic. Tambahan pulak dibawah arahan Tim Burton ni memang tak payah kata apa la. Sepi, kelam, pelik dan impak yang memeranjatkan. Tayanglah cerita pelik dan buruk camana pun aku tetap tergedik-gedik nak tonton. Kegilaan sungguh.

Jomlah aku nak share dengan korang apa yang telah aku kutip balik dalam google. Kesal betul entry lama tak dapat publish. Yang itu lebih banyak info. Lebih banyak gambar. Layan jelah apa yang terhidang. Silakan jamu mata :)

Segalanya tentang movie









PC game. Ada banyak lagi pc game berkisarkan Alice in Wonderland. Salah satunya versi sisi hitam Alice. Tah pergi mana CD game tu. Tapi ingat lak dulu sibuk aku dan member ofis layan game tu kat ofis. Hoh! Masa takde kerjalah kan. Aku ni skema jugak hohoho...






Aih... tak sabarnya nak tengok filem ni. Sayangnya tiket free yang aku dapat haritu tak dapat tonton filem ni. Kalau tak bolehla aku tengok dua kali filem ni secara percuma ngahhahaaa... sungguh tamak!

3 comments:

chugie said...

wan.. awk tau x, saya takut tengok kartun2 ni.. tp yg pasti ramai budak2 yg suke kn alice n wonderland ni kn..

♥♥syahadah♥♥ said...

kopun berminat ke ted..aku dah janji dgn nadira nak bawak dia...
mcm best dan teruja sungguh aku melihatnya

Wansteddy Tales said...

chugie... bukan budak2 je suka mak budak macam saya pun tergila2 hahahaa

hada... ha... dah janji tu kenalah pergi tgk jugak hada. tp aku nk kabarkn jugak karya tim burton tu jenis dark art sikit. heheh...