Nuffnang

Followers

Friday, March 19, 2010

Cake Design

Perghhh... Sekali tengok bukan terliur sebab kek sedap. Tapi terliur sebab kek cantik. Nak makan pun sayang. Daripada makan lebih baik aku simpan dalam show case sampai berkulat. Jadi moralnya kawan-kawan, nak bagi kek kat aku biar yang sedap dimakan je. Kalau cantik2 alamatnya berbaulah rumah aku dengan bau sembab kek basi hohoho...

Banyak giler koleksi kek buatan yang dipaparkan dalam website threadcakes ni. Agak-agak tak cukup menyimpan air liur dalam mulut tengok kek cantik dalam blog aku ni. Lawatilah website tersebut. Soheh sama teruja denganku jua. Cap cap cap.... mesti sedap... kecur air liur aku!

Bestnya dorang lukis dulu apa yang nak diadun dan dihias pada kek tu. Kendian dorang deco atas kek ikut design. Memang menarik sangat2. Kat Malaysia ni tak tahulah ada tak kedai kek yang jual kek2 cantik camni. Ikut kehendak dan design pelanggan. Selain Secret Recipe. Tu pun SR cuma guna template design dorang. Mungkin aku yang ketinggalan tak ambil perkembangan deco kek. Tapi kalau memang dah ada kedai kek cenggini, memang aku yakin betul harga sebijik kek tu bukan calang-calang la... Mesti mahal. Tahap ratus-ratus boleh terbang la hohoho...

Jom tengok koleksi kek-kek cun...















Memang mengiurkan kan? Aku mengidamkan kek cantik camni. Ada sapa-sapa nak bagi free padaku? huhu...

_____________________________

24hb nanti birthday Damia ke 2 tahun. Aku masih belum merancang party hari jadi untuknya. Masih fobia dengan kenangan lalu. Dulu masa nak sambut besday pertamanya, baru 7bulan aku dah merancang yang pelbagai benda nak buat. Tapi apa nak dikata... Datang sakitnya tanpa diundang. Sudahnya buat jamuan kecil je kat rumah. Beli kek dan doa selamat saja. Nasip baik kebetulan abah aku datang Kuala Lumpur temankan kami. Sedih kenang-kenangkan. Impian nak buat majlis gemilang untuk anak sulung terkubur macam tu je.

Sampai sekarang aku masih takde mood nak merancang. Kebetulan pulak famili aku akan datang 24hb nanti. Confirm takkan ada sambutan birthday untuk Damia. Mungkin cuma makan-makan je huhu.... Kesian pulak kat Damia. Kalau kawan-kawannya yang lain sentiasa meriah disambut dengan pelbagai theme birthday party. Yang dia tak pernah merasa sambutan hari jadi sendiri.

Ah, malas la nak kenang-kenang. Kena positifkan fikiran happykan hati. Kalau ada rezeki Damia adalah jamuan kecil-kecil untuknya. Kalau takde pun anggaplah takde rezeki lagi. Lagipun aku memang takde kenalan nak buat birthday party. Kalau buat party takde jemputan pun takde makna jugak kan huhu...

3 comments:

Eliss said...

kek cantik tak sampai hati plak nak makan :P

i z z a said...

syg pulak rsenya nk mkn kek gitu..

Wansteddy Tales said...

elissmie...betul3. maunya jd bahan tatapan je ohohow...

izza...tp kalau sedap akak makan gak pejam mata. yg penting sedap n cantik bru berbaloi2 beli memahal kan3