Nuffnang

Followers

Monday, March 29, 2010

Hadiah dari ArtSquareGroup lagi

Nampak aku menggila join giveaway harini? hohoho.... Ye... wansteddy dah menggila. Giveaway banyak giler, aku nak join yang mana satu pun tak sempat fikir dah. Lagi nak haru banyak pulak tu geng-geng blog buat giveaway contest aku terlepas tarikh tutupnya.

Seperti yang pernah kuberitahu dulu. Kalau aku di rumah peluang nak bukak internet amatlah tipis kerana aku sibuk dengan kerja-kerja rumah. Kalau aku mula menepek depan komputer, satu hari suntuk kerja rumah terbengkalai. Makanya daripada aku bersimpuh lentuk depan komputer tak buat sebarang kerja rumah. Lebih baik aku off kan saja suis komputer. Lagi bagus. Padan dengan mukaku yang tak reti bahagikan masa ini hohoho.... Gelak kasihankan diri sendiri.

Balik di ofis, kerja takde dalam tangan. Hapa lagi? Rempitlah join giveaway banyak-banyak. Oh, ye masih banyak singgahan blog kena masuk ni. Dah beberapa hari aku abaikan blog kawan-kawanku. Rasa rindu nak jengah mereka semua dan baca kisah-kisah terkini. Kalau tak sempat baca seluruh entry, baca tajuk pun jadilah. Yang penting tinggalkan titipan nota dalam kotak komen dan chat box. Harap-haraplah aku berdedikasi penuh harini nak buat lawatan penuh masa hohoho....

Semalam khabar baiknya aku terima hadiah dari ArtSquareGroup lagi. Kali ni aku menang contest untuk filem "Remember Me". Pelakonnya Robert Pattison yang berlakon filem Twiligth tu. Tak ingat rupanya? Meh aku bagi gambarnya...


Filem di atas la. Aku menang 2 tiket filemnya. Cuma boleh tonton di TGV. Kalau aku nak pergi KLCC la destinasinya. Kalau en.hb nak pergilah (masih dalam mode rajuk huhu).. Tapi rasanya aku malas nak pergi. (Rajuk lagi nih).

Sekali lagi, Trimas ArtSquareGroup! Korang memang pantas berikan kerjasama. Suka join contest-contest dari korang. Tak dapat hadiah besar pun takpe. Yang penting happy mood dapat hadiah. Trimas sekali lagi ^.^

No comments: