Nuffnang

Tuesday, March 2, 2010

Tisu basah dari langit!

Sebenarnya aku nak pendam dulu cerita-cerita tak best petang-petang hari nanti. Sebab aku masih dalam mode riang ria menang giveaway pagi ni. Tapi bila kukenangkan tahap bengang tadi rasa tak boleh nak simpan dah cerita ini.

Ketika berjalan nak breakfast tadi aku dan en.hb melalui jalan belakang ke kedai makan. Lorong tu biasanya orang letak kereta. Diapit oleh dua bangunan yang tinggi. Sekian lama gunakan jalan tu aku tak pernah alami kejadian begini. Itu yang buat aku berasap sikit kepala tadi.

Sedang berjalan tiba-tiba en.hb menjawap panggilan hp. Aku nak bagi laluan en.hb berbual selesa dulu berhenti sekejap di tengah-tengah lorong tu. Tak semena-mena aku terasa percikan setitis air. Kelepek! Tisu basah kat jalan tar! Bukan sikit, adalah dalam segumpal.

Woih! Ini sudah melampau! Agak-agaklah nak baling bahan-bahan toksik ni Wey! Apa kes nya baling ke luar tingkap. Dari gaya tisu tu dibalingkan aku jamin tisu tu dicampak dari tingkap ofis yang agak tinggi. Banyak tingkap-tingkap yang terbuka jadinya aku tak dapat nak agak si bodoh tu baling tisu basah ke bawah dari tingkap yang mana. Tapi aku rasa tisu tu dibaling dari tingkap toilet. Aku fikir kalau lagi setapak aku berdiri ke depan memang betul-betullah tisu basah toksik tu bertempek atas kepala aku.

Aku pelik kenapa ada lagi manusia yang rendah peradaban begini. Carilah tong sampah. Hapa kes campak-campak keluar tingkap? Memang kurang ajaran punya manusia. Siapa pun orangnya aku memang nak sekeh-sekeh kepala 8 kali dan lebih lagi kalau terdaya. Geram betul!

Tapi disebabkan mode riang ria masih berlagu-lagu dihatiku mode geram ni makin susut sikit demi sikit. Memang aku bernasip baik tadi. Kalau calang-calang orang memang terpaksa balik rumah salin baju lain la... Hie.... Toksik sendiri pun nak buang merata. Ciz sungguh!

4 comments:

Asz said...

uishhh!!! seb baik x kena eh wan ... saya pon penah kena camni, bdk baling mainan dari tingkat atas ... yg paling sakit ati, mak dia ada kat balkoni tu tp wat dek je ... masa tu plak saya ngah dukung ammar ... kalau kena ammar mmg aku ketuk pintu umah org tu sampai pecah!!!! (tetiba rasa marah balik ... huhuhu)

ibu_arifa said...

perghhhh!! sib baik cp jer..kalo kena..sure lama lah akak berendam dlm blik air nnt..geli beb!

Wansteddy Tales said...

haih... sama dgn la kita tadi asz. mmg dah bising2 dah kat bawah td. xde sivik betul buang2 smpah dr atas. kot kena atas kepala org apa kes kan. nasip baik tak timpa atas ammar dan asz. patutnya mak budak tu tegurlah anaknya. koman2 pun minta maaf pd asz. hurm... nak sabar pn jd hilang sbr cmtu.

Wansteddy Tales said...

ibu arifa... tu le... sep bek aura penyelamat ada. klu elok2 berdiri tmpt dicampak tu sebulan kenan tisu toksik gamaknya huhu