Kali ni nak berkongsi gambar-gambar sepanjang jalani kursus di D'Village, Melaka. Kursus Adobe Flash yang memeningkan kepala. Aku sudi join kursus ini pun sebab dah lama aku tak masuk mana-mana kursus. 2 tahun! Lagipun memang dah lama aku tergedik nak belajar buat animasi dolly sendiri. Kesempatan ini jugak boleh isi ruang kosong dalam SKT nanti heheh...
Ini K. Wan. Kecik molek je orangnya. Orang anak 3 tapi body macam anak dara. So jelez okey. Kitorang sama-sama bernama Wan. Sorang Wan Z. Sorang Wan H (aku le tu). Duduk sebilik. Sudahnya nama kumpulan kerja kitorang, Two Wan, heheh. Yang peliknya aku ni demam selsema yang K.Wan ni sakit ulser la pulak. Ada-ada je penyakitnya dua jenis Wan ni. Berat sangat tulahnya gamaknya. Asyik-asyik nak sakit-sakit je kui3....
Couple pada hari-hari kursus. Sempat aku ambil gambar candid. Ala-ala paparazzi la ni heheh... Best pulak tengok dorang nih. Sayangnya tak dapat duduk sebilik, tah la kenapa. Mungkin dah syarat baru. Kalau suami isteri sama-sama dalam kursus kena duduk asing-asing jugak. Huk aloh. Lantaklah nak duduk sekali pun kan. Laki bini namanya pun. Kalau yang takde ikatan tu lain la cerita kan kan... Dengki la urusetia tu heh!
Big Boss Seri Pakis. Jangan tak tahu brader ni jurufoto + juruvideo + pereka + animator jugak heheh.... Pendek kata banyak kemahiran la A. Hairul ni. Senior aku di zaman UiTM Melaka. Dan ditakdirkan jugak jadi senior aku di ofis. Nama pun hampir sama, Hairul. Tapi dia lelaki aku perempuan. Bininya bernama Wan (gambar isterinya sila rujuk gambar-gambar di atas). Pun nama pangkal aku jugak hohoho.... Apa lagi persamaan korang nak tahu? Tentulah kitorang ni sama-sama pereka.
Big Boss Seri Pakis. Jangan tak tahu brader ni jurufoto + juruvideo + pereka + animator jugak heheh.... Pendek kata banyak kemahiran la A. Hairul ni. Senior aku di zaman UiTM Melaka. Dan ditakdirkan jugak jadi senior aku di ofis. Nama pun hampir sama, Hairul. Tapi dia lelaki aku perempuan. Bininya bernama Wan (gambar isterinya sila rujuk gambar-gambar di atas). Pun nama pangkal aku jugak hohoho.... Apa lagi persamaan korang nak tahu? Tentulah kitorang ni sama-sama pereka.
Ketika melawat pameran dianjurkan jabatan di Jaya Jusco, Melaka. Gambar ini menunjukkan sisi gemuk aku. Walaupun tak rela mengaku terpaksa aku terima jugak. Puas mataku tak percaya dengan pandangan mata sendiri huhu.... Betapa aku sudah gemuk, gemukkk!!!! Memang aku kena ikhtiar tahap kronik untuk mengecilkan peha dan pipi ini!
Kak Neen. Kakak ni memang cun. Kalau tak mekap pun cantik pe lagi kalau mekap. Mukanya buat la ekspresi macam mana pun tetap makan gambar.
Waktu makan merupakan saat yang paling menarik ketika kursus. Bagi perempuan yang kurang minat dan tidak pandai memasak sepertiku. Hari-hari tanpa memasak dan makan je hidangan dari tangan orang memang mengujakan. So aku tak boleh komplen kalau lepas balik dari kursus tambah berat badan!
Cik gedik baju ijo ni sempat posing time makan. Mana-mana sempatlah dia posing. Tah mana dorang ni kata muka kitorang sama. Yang aku perasan, perangai kitorang confirm sama. Sama-sama sengal! hahahah... Wifey Yan, Haidar, sedang peknen 6bulan. Best pulak tengok orang-orang peknen beb, muka berseri-seri!
Suasana santai dalam bilik kursus. Langsung tak skema okey. Gasak-gasak aku je pakai jeans dalam kelas. Malas ah malam-malam pakai baju kurung. Sudah le setengah hari waktu siang aku berbaju kurung. Maunya kepam bagai nak rak hohoh...
Aku sangat blur dengan kursus ini okey. Sudahnya 60% kerja tangan aku itu dikendalikan oleh Cikgu Hairul dan Cikgu Hadi serta Cikgu Wan sekali-sekala sebab K. Wan pun sama blur jugak dengan aku. Lepas setel satu tahap nak ke tahap mula semula kena tunjuk ajar balik. Sampai kena jerkah la dengan Cikgu Hairul hahah.... Pening woh! Macam kembali belajar matematik tahap 6. Terkial-kial hakak. So jangan pelik tengok muka hakak kerut-kerut tension itu okey.
Sambil-sambil nak tunggu masa tamat kursus, sempat lagi posing-posing buang masa. Kalau kameraku di tangan orang lain, barulah merasa tengok gambar sendiri dalam kamera. Kalau tidak, haram.... Kalau dalam 100 keping gambar ada la sekeping gambar sendiri. Itu pun ambil sendiri. En.hb memang tak de inisiatif langsung nak ambil gambar aku. huhu... sila sedih untuk diriku nan sensitif ini.
Gambar sudut sipi ini berjaya menampakkan kekurusan aku. Kalau korang tak percaya, try ler ambil gambar dengan sudut kepala menyenget heheh.... Ini kes confident kurus ler ni hohohoho... Sebelah kananku Cik Azura. Tengah berdarah manis, itu pasal mukanya begitu berseri-seri.
Cik Liana. Dalam masa nak tunggu giliran jadi mc pada hari itu sempat lagi dia posing. Manalah aku tak katakan gedik! ahhaha.... Nasip baik cute, buatlah apa saja gaya cute2 jugak kui3...
Retro style. Muka-muka boring layan ceramah. Kalau tak kerana pegang kamera ni, confirm aku pun bermuka toya seperti mereka-mereka ini. Ketua Penerangan Melaka sibuk berucap di depan, aku pulak sibuk bersnap-snap gambar. Langsung takde protokol. Asal redah je heheh...
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Rancangan asalnya en.hb dan Damia nak jemput aku di Melaka. Tapi rancangan berubah. Terpaksalah aku tumpang kenderaan jabatan. Ini drebar pecut punyalah laju. 1st time aku gerak Melaka-Kl tak sampai 2jam. Itu pun sempat singgah solat di RNR Seremban okey. Itu tak laju lagi? Nasip baik umurku masih panjang. Dapat lagi kumenaip disini huhu....
En. Zaiman. Otai kartun di ofis. Dia punya skill buat aku hilang kerja! hahaha.... Tapi serius cun stroke lukisan Zaiman ni. Sampaikan aku nak menuntut ilmu melukislah dengan beliau.
Damia dan ayahnya jemput aku di KLCC. Aku sengaja mintak drebar hantar sampai di KLCC saja. Kebetulan A.Hadi pun nak berhenti di KLCC sebab wife dia kerja disini. Jadinya aku tumpang drop sekali di sini. Sambil-sambil boleh bawak Damia berjalan KLCC. Damia memang suka air pancut ni. Kalau air naik ke udara dia jerit "WOaaaa......" Sungguh jakun okey. Maafkanlah anak daraku itu. Aku yang didik dia begitu heheh....
Akhiran gambar. Pendek kata aku memang seronok dengan kursus kali ni. Sebab dah dua tahun tak pergi mana-mana kursus jadi kurasakan seronok berjumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa. Yang tak kenal pun ramai. Yang tak kenal aku lebih ramai. Yang menyedihkan dorang tak kenal aku sebab aku dah gemuk! Kenyataan itu buat aku rasa nak kurus secara berkobar-kobar! Inilah satu-satunya alasan kenapa aku tak suka jumpa kawan-kawan lama. Sah-sah dorang keluarkan kenyataan yang sama. huhu....
13 comments:
lama da tk tgk pics terbaru damia..besar da dia..nampak lain skit... :)
best nyer blaja flash..lps nih akak nk wt animasi sndri dh bleh la tuh..
kak nza pn suka kursus ttg ICT nie...sronok n enjoy w.pn trkdg mata naik kematu....
hehe..ko tu memang gemuk dah sis.. tp suka tengok alia dah makin sihat n makin kiut balik macam baby dlu..rambut dia cantik ko buat kat saloon ke?
nadia... muka dah lain perangai pun dah lebih bnyk songeh :)
izza... hohoho... dah belajar. tapi bila nak start buat baru dah lupa step. tak praktikkan langsung apa dibelajar ahhahha...
k.nza... maunya tak kematu kak. otak dah sengal kena belajar pulak. sungguh terseksa. lupa2 dah perasaan jd student tu heheh
abang... sampei ati ko! huhu... rambut dia semulajadi lor. bebru ni ada sorg pompuan tanya sama bapaknya damia. "rambut baby ni ori ke?" pehtu mie jawab "ori" aku syak sure pompuan tu bersangka baik bahawasanya mak si damia omputeh ngahahhaah.. dia belum tgk lg hidung kemikku ini heheh!
hahahaa.. Wans, gelihati baca tang komplen diri sudah gemuks..
pasni harus kerap2 marathon dgn alia.... ;)
sudah besor, nampak lain.. comel jer aksinya..
k.yong... damia bukan orgnya boleh diajak bersenam. baru kita nk bersenam dia sibuk nak naik atas kaki sibuk2 nak wat jongkat jongkit huhu
ibu jd jongkang-jongket damia pun kira bersenam le jugak tu... cuba buat sampai lenguh.. sure berpeluh punya.... hahahaaaa.... bagus utk perut tu...
k.yong... hehe... betul tu :)
salam...sy nak mintk tolong forward kn hp zaiman...bgtau kt dia kwn dia dr mmsc mencari...syahrul@matrawk...mintk dia msg kt hp sy 0196225567...thanks
Post a Comment