Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, May 17, 2010

Lepak sabtu bersama Damia

Sabtu lepas kami berjalan ke Central Market (CM). Tujuannya nak bawa Damia berjalan ke bazar seni yang ditaja oleh Pipit.com. Kebanyakkan kerjatangan kraf di bazar tersebut memang menambat hati. Aku teringin nak beli dolly comel-comel yang dijual di bazar tersebut. Kenangkan aku HARUS berjimat, tak jadi.... Aku tengok je la hasil kerja kraf tu puas-puas. Biar tersemat dalam hati dengan angan-angan nak buat jugak (suatu hari nanti ~ tah bila tak pasti). Satu-satunya benda yang sempat aku rembat, sepit rambut berbentuk rama-rama. Sungguh comel tapi Damia bagai fobia nak pakai, huhu... terbang rm18 untuk tak keberuntungan. Anak tak mo bergaya.

Tengah layan kiosk. Bersungguh-sungguh pulak tu macam best pulak, hapa la... Kat pasar seni ni Damia suka sangat tengok orang melukis. Sibuk dia perhati orang melukis. Sep baik tak mintak nak join sekaki ikut melukis! hehe..


Kat dalam dewan sebelah bazar pipit. Damia sibuk menggodek-godek laptop orang... huu.... kalau rosak tu niaya haku nak membayar ganti ruginya nak oiii....

Peminat seni. Masalahnya gambarnya tinggi sangat. Jenuh kena dongak mek Damia tengok gambar-gambar kat dinding.

Sekarang kat Amcorp Mall. Sibuk main Trampoline. Aduyai... Sukati je main macam kedai ayah dia huhu..

Dah mula ushar-ushar mainan lain. Selepas kejadian melompat-lompat ni Damia serbu pulak bola besar untuk senaman tu. Jenuh aku dan ayahnya nak tambat semula bola-bola tu bagi duduk diam-diam heh.

Kat Xcess Book. Serius suka membaca. Tapi dalam beberapa minit main campak-campak la pulak. Inilah budaknya... Damia.

9 comments:

chugie said...

wah.. nampak cam best dah tempat ni ye.. dh lamae sebenarnye x ke CM..

Ieda Al-Habsyi said...

uhuuhu!! comel damia :) mesti seronok jalan2 kan :)

Ema said...

Berjiwa seni seperti ibunye.. hehehehe

Wansteddy Tales said...

chugie... saya pn baru inilah 'kembali' ke CM. hahaha

Wansteddy Tales said...

ieda... mmg sabtu atau ahad peruntukkan sehari utk bawa damia berjalan hehe

Wansteddy Tales said...

ema ... dia mmg suka melukis. pntg la nmpk pensil terus buat grafiti kat rumah uhuhu

onniey84 said...

tembam lah damia sekarang ni ted..

nza said...

sronok tu.....

yantz-yeem said...

damia dah ada pokok nyiur hahaha...siyes beb aku dah lama x menjejak kaki ke CM..kalo duluuuuu every eikend dok bertenet kat sne konon aku mmg minat gile tgk org melukis....