Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, July 19, 2010

Rancangan nak bikin contest @ giveaway lagi

Sambil-sambil kita tunggu result Wansteddy Giveaway jom kita santai-santai dulu ek. Aku sebenarnya tengah kusut ni. Jadinya untuk meleraikan sikit rasa berbuku ni baik aku berlengah-lengah dulu.
Wansteddy 10'000 capture masih berlangsung. Siapakah yang bertuah....? Kita tunggu email pemenang. Aku lak berdebar-debar.
Lepas ni aku rancang nak anjurkan contest lagi. Ada dua, tiga jenis contest atau giveaway yang tengah bermain-main dalam kepala ni. Kalau contest syaratnya susah sikit. Tapi insya'allah hadiahnya berbaloi dengan susah payah peserta yang sertainya. Kalau giveaway syaratnya tak susah pun tapi aku rasa tak best asyik-asyik buat giveaway je. Sekali-sekala aku nak cabar minda jugak buat pilihan pemenang. Selama ni satu-satunya contest anjuran aku yang paling buat aku kusut... contest mula-mula aku buat dulu. Yang teddy tu. Apa tajuknya aku pulak lupa. Haih... Yang itu memang susah buat pilihan pemenang. Nak-nak pesertanya baby-baby comel-comel belaka! Aku sampaikan rambang mata. Makan hari aku nak pilih pemenangnya...
Banyak jenis contest yang aku rancang nak buat. Antaranya:
1) contest jenis design ~ juri aku hehe
2) slogan ~ juri aku dan kakakku
3) kira item ~ juri aku
Pastu aku pikir-pikir ada ke nak join. Contest jenis camni terhad kot bilangan pesertanya. Pastu aku kenang-kenang lagi. Sampai bila aku nak buat giveaway boring-boring je kan. Sekali sekala bagi asah minda sikit best jugak! hehe....
Contest baby-baby aku dah tak yakin nak anjurkan. Aku tak nak anjurkan. Tapi kalau nak jadi sponsor boleh kot. No hal! Tapi..... Aku tak mampu buat pilihan pemenang. Mata aku nampak semua baby comel-comel belaka. Nak bagi semua hadiah kopak mokcik! Sudahnya awal-awal aku terpaksa tarik diri jadi penganjur dan juri bagi contest sebegini. Ahaahahaha...
Ada gak member mintak tolong pilih pemenang baby. Awal-awal aku tarik diri. Pening aku. Tengok-tengok bolehlah. Vote-vote pun okey, tapi kenalah ibu-ibu jemput aku awal-awal. Sebab kalangan blogger peserta semuanya kawan-kawan jugak kan. Mana yang cepat dialah aku vote. Kira adil la camtu. Contest jenis vote-vote pun aku awal-awal kena cakap aku tak nak libatkan diri. Mana-mana peserta pun faham. Kalau guna sistem voter alamatnya mana-mana peserta yang kurang fofular macam aku, dah dicop kalah la. hahahaha....
Sebab tu kalau korang perasan aku susaaaaah nak masuk contest jenis bergambar ni. Kalau masuk pun sebab terhingin benar atau sebab telah ditag kawan! hahahha.... Bukan isu serik tapi sebab malas nak cari-cari gambar. Kalau gambar ada dalam komputer jalanlah. Kalau takde aku leburkan saja. Malas nak cari dah hehe...
Seboleh-boleh nak support semua contest dan giveaway tapi masa yang terhad menduga kemampuan. Barisan contest giveaway yang aku simpan dalam senarai pendek to do list pun belum terusik lagi. Ada pun yang dah tamat tarikh tutup. Rugi rugi rugi.... Bak kata bos lamaku hehe... Kena pulun pasni.
Dengan masa yang terhad, perangai aku yang suka berlengah-lengah, ambil masa nak jengah blog peserta, dan lain-lain lagi... Nampaknya aku kena fikir masak-masaklah kalau nak anjurkan contest. Senang-senang buat giveaway lagi. Cabutan bertuah je. Lagi sonang keroje hakak!

4 comments:

qasehadam @ nurul said...

wan buat la contest tuk raya..wan pandai reka sampul wit raya tak..hehe

Wansteddy Tales said...

nurul ~ aha! idea bijak ><
boleh gak kan. kena rancang betul2 ni hehe

MRS. K said...

yep! join GA lagi best kan? tak payah pening carik gambo..huhuhu

kakyong said...

kakyong pun suka join GA.. heheh... ade rezeki, dpt ler.. kalo xde rezeki, leh dpt kwan... ;)