Damia sejak lahir hingga sekarang tak pernah bertukar lampin pakai buang. Sekali sekala je kalau keadaan terdesak aku akan pakaikan lampin pakai buang jenama lain. Antaranya huggies, pampers, drypers atau lain-lain. Aku lupa. Selalunya kalau beli tak pernah habis. Kalau habis pun makan masa berbulan-bulan itu pun kalau stok mamypoko dah habis.
Damia memang jenis kulit sensitif. Tak boleh pakai lampin pakai buang sebarang. Aku tak pernah berani nak bagi Damia cuba cloth dryper walaupun berkali-kali kawan aku mengiklankan betapa bagusnya fungsi CD ni selain menjimatkan. Aku cuma rasa kalau lepas cuba tu terpaksa tanggung tengok kulit anak melecet atau naik ruam-ruam, lebih baik aku menahan hati je dari mencuba. Tunggulah Damia besar-besar sikit esok, barulah aku nak cuba jugak. Guna CD ni yang bagusnya menjimatkan. Tak perlu laburkan duit banyak untuk beli lampin pakai buang. Dan semestinya kurangkan pencemaran alam sekitar.
Sekarang Damia pakai Mamypoko saiz L atau Xl. Saiz L ni pun dah nampak kecik untuk Damia. Aku lebih suka Damia pakai saiz L lebih banyak stok hehe... Tapi keselesaan anak patut diutamakan. Biarlah laburkan duit pun yang penting anak selesa.
Muka depan
Muka belakang
Muka belakang
Mamypoko sedang menganjurkan contest Kenangan Indah keluarga bersama Mamypoko dan Pa&Ma. Contest ni berlangsung dari 1 Ogos 2010 hingga 30 September 2010. Hadiahnya percutian 1hari 2 malam di Bukit Merah Laketown Resort dengan wang saku sebanyak RM500. Lebih menarik 3 bulan langganan majalan Pa & Ma.
Yang penting kita cuma perlu sediakan barkod dan resit pembelian sebarang stok mamypoko. Boleh join contest ni. Tak perlu gambar segala. Contest Memorable Moments with MamyPoko dah ada senarai pemenang. Klik sini untuk maklumat lanjut.
6 comments:
my kids masa kat msia pun pakai mamy pokok :) so far dh 4-5 kali jugak me menang contest mamy poko :)
saya pun pengguna setia momypoko.. selain CD lah.. pernah try drypers.. habis nak ruam.
kak wan join tak contest momypoko tu...saya mcm nak join jer..
nanti nak try momypoko pant pulak lah.mmc best jer..lg murah plak tu.
mama zharfan ~ wa... saya juz menang 2 kali je sepanjang tempoh 2 thn lebih ni. selalunya kalau contest2 bab gambar2 saya awal2 serender join bnyk2. sbb tahu susah nak menang. tp klu jenis lucky draw mcm yg ini join jugak sbb mmg saya kumpul barkod dan resit in case ada contest macam ni lagi masa akn dtg. ada sekali tu mamypoko anjurkan contest jenis mcm ni nk barkod n resit mslhnya nk resit dr sekian tarikh ke sekian tarikh. susah la nk join bnyk2. saya bukan jenis beli yg kecik2. sekali beli sekelepuk jumbo size sbb lebih jimat.
min ~ betul tu min. kulit ank sensitif ni nk beralih lampin lain pn rs ssh hati :(
akk join jugak min, sbb mmg akk kumpul resit & barkod setiap kali beli hehe...
pernah bg damia cuba mamypoko pant, tak serasi la min. sbb rekabentuk dia cm cawat tu boleh bikin leaking. nk2 anak pulak jenis aktif merata air kencing dia hehe
mamy poko ek... adess... kurang berkemampuan
ema ~ huhu klu xpk ank aku pon nk tukar pampers lain ema. seminggu sebungkus mmg parak. tp xpe la berkorban demi ank huhu
Post a Comment