Semalam terima sms dari wakil Majalah Cosmopolitan. Alhamdulillah rezeki awal ramadhan lagi. Aku menang sms contest promotion Manhattan Fish Market. Aku tak ingat berapa nilai voucher yang ditawarkan. Berapa-berapa pun tak kisahlah, janji menang. Hakak dah sangat-sangat bersyukur.... Aku ni kalau orang bagi voucher RM10 pun aku dah rasa kembang hati. Terima hadiahnya dengan mata bersinar-sinar bahagia.... Trimas Cosmopolitan!
Kalau betul dapat tiket voucher tu, memang jadi sejarah la aku jejakkan kaki ke restoren Manhattan Fish Market ni. Sebelum-sebelum ni nak jejak je restoren tu mesti ada je halangan. Selalunya waktu bulan puasalah aku teringin amat nak berbuka kat restoren tu. Nak-nak lepas penat bershopping kat SOGO. Teringin nak makan seafoodnya. Tapi takde rezeki, tiap kali pergi mesti penuh sesak dengan pelanggan lain yang lebih awal melangut depan meja makan. Atau kalau tidak pun meja sudah ditempah awal. Apa nak kata kan. Bila bukan bulan puasa, orang tak ramai, takde niat pulak nak singgah hehe...
Nak jadi nasip dan kebetulan je dapat tawaran ni di bulan puasa. Rancangnya nak pergi Sogo jumaat nanti. Bawa Damia berbuka kat Manhattan Fish Market ni. Insya'allah kalau tiada aral. Tapi Damia tak boleh la makan seafood. Diakan banyak alahan. Aku pun sebenarnya tak boleh makan seafood. Tapi kerana tergedik nak merasa jugak makanan penuh toksin tu, bedallah! hahahha...
Kalau kena dengan cara masaknya, aku boleh makan seafood tau. Kalau aku sendiri masak sotong atau udang memang tak pernah naik alergik. Mungkin sebab aku buang habis segala kotoran tak diperlukan. Kadang-kadang udang besar pun tinggal cinonet je hasil proses aku! hahaha... kalau bukak bisnes makanan laut ni boleh lingkup gara-gara aku yang terlebih pembersih sangat.
No comments:
Post a Comment