Nuffnang

Followers

Thursday, August 26, 2010

Won Her World Mag contest ~ Avon Promotion

Alhamdulillah... rezeki masuk lagi di bulan puasa. Gembira hati bukan kepalang. Semalam aku korek-korek peti surat nampak sebuah sampul. Lain sampul aku tunggu lain sampul yang masuk kali ni. Kali ini aku menang contest dari majalah Her World Keluaran Julai 2010. Hadiah yang bakal dimenangi hamper Avon bernilai RM250. Syukur rezeki...



Ini kali pertama aku menangi hadiah anjuran Majalah Her World. Trimas Her World, semoga majalah anda kekal sukses! Trimas pada penganjurnya, AVON. Aku memang sukakan produk Avon, paling suka harumannya yang pelbagai. Contohnya haruman kegemaran aku, Musk Avon. Dari aku belajar di sekolah sampai sekarang aku suka hidu bauan lembutnya. Rasa nyaman bila pakainya.

Untuk pengetahuan kalian, Avon sedang menganjurkan contest Avon Contest 2010 – Avon Mega Impact New York. Antara butiran lanjut berkenaan contest ini ialah:


" Two grand prizes up for grab with Avon Contest – 6 days 4 nights trip for 2 persons to New York worh RM8,000 per person. The Avon Contest 2010 starts from 1 until 31 August 2010. "


Jemput bertandang ke butik-butik berdekatan dengan anda untuk ketahui maklumat contest ini dengan lebih lanjut. Aku tak join sebab terlupa tarikh tutupnya. Hari ini baru teringat. huhu....

Aku kena tuntut hadiahnya di pejabat Blu Inc Media. Tapi sebabkan banyak urusan nak disetelkan di pejabat, terpaksa tangguh dulu. Mungkin minggu depan baru pergi tuntut.

6 comments:

eija_sweetmama said...

Tahniah lagi..betol2 rezeki di bulan ramadhan..alhamdullillah..

Wansteddy Tales said...

Eija Zaquan ~ trimas Eija >< terharu saya ^^

maslinamansor said...

Taniah...
Boleh la pakai barangan Avon sempena raya nanti yer...

Wansteddy Tales said...

MaslinaMansor ~ Insya'allah... ><

Mama Zharfan said...

congrats. rupanya wan pun aktif join magz contest--mcmc me masa me kat msia :)

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ trimas... saya beli mag ikut musim jugak. kalu mood membaca tu naik bulan tu sanggup beli mag bnyk2. tp kalau mood kurang, bnyk hal lain nk fokus xbeli. tp ada jugak beberapa mag wajib beli sbb suka info bulanannya ><