Nuffnang

Monday, November 29, 2010

Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1

Sabtu lepas kitorang tonton filem Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1 kat TGV, KLCC. Tiket jam 11 malam habis nak dekat pukul 2 jugaklah. Gah.... Bagi yang meminati siri Harry Potter jangan lepaskan peluang saksikan tayangan filem ni. Walaupun tak serupa sebijik dalam novelnya tapi memang akan rasa lebih lengkap kalau dapat saksikan magik Harry Potter versi real pulak. Kalau nak bayangkan ikut imaginasi je mungkin tak tercapai akal kan kan... Berikut aku kongsikan petikan filem. Semua picca aku Google je. Yang penting semua kandungan picca ni spoiler sepenuhnya sebab aku sediakan dengan penerangan sedikit sebanyak. Jom tinjau kisah filem HP yang terkini!


Ini Lord Voldemort si penjahat. Tengok muka pun dah tau jahat kan. Dia jadi gini sebab dia pisahkan nyawa dia jadi horcrux kepada 7 bahagian. Sebab tu jasad dia pun jadi semakin tak serupa manusia. Dah bentuk ular dah. Masa dia muda dia dia ni hensem tapi sebabkan tamak dengan kuasa ilmu hitam dia jadi makin tak betul dan cuba menakluk dunia sihir sepenuhnya.

Voldemort makes his move in Harry Potter and the Deathly Hallows

Adegan awal filem. Waktu ni Voldermort komplen tongkat sakti dia dan Harry Potter seakan ada hubungan antara satu sama lain. Sebabkan berkongsi teras yang sama, tongkat tu macam kembarlah pulak. Jadi dorang boleh cederakan satu sama lain, tapi tak boleh berbunuhan sebab tongkat tu sendiri. Jadi Voldemort sengaja mintak tongkat sihir Lucius Malfoy, bapak si Draco Malfoy sebab dia berdendam dengan keluarga tu dalam filem yang lepas.

Masa ni Harry dijelmakan kepada 7 orang diwakilkan kawan-kawan dia gak sebab nak kelirukan pihak musuh yang cuba tangkap Rubeus Hagrid. Hagrid jadi pemandu Harry dalam perjalanan ke rumah keluarga Ron Weasley. Motor yang dipandu Hagrid, kenderaan yang sama dia pandu ketika bawa Harry ke rumah makcik Petunia, adik mak Harry. Kali ni Harry kena duduk dalam tempat duduk tu pulak sebab badan Hagrid besar, tak muat nak duduk belakang. Kalau tak silap, pelakon lagak ngeri Harry untuk babak ni jatuh dan lumpuh. Tak ingat aku baca sumber ni dari mana. Korang google je la info pasal filem Harry Potter ni. Sonang kerja aku hahah...

Harry Potter and the Deathly Hallows part 1

Profesor Lupin sedang bersoal jawab dengan Harry. Sebab dalam perjalanan ke rumah emak Ron, dorang diserang hendap kroni Voldemort. Yang mati dalam serangan tu Prof Alastor 'Mad-Eye' Moody dan burung hantu Harry. Fred abang kembar Ron pulak cedera kat telinga. Ikut novel, serangan dari Prof Snape.

'Harry

Babak ketika Rufus Scrimgeour, Ketua Menteri Magik datang sampaikan wasiat Prof Dumbledore pada Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Granger. Satu amanat yang tak disampaikan pedang Griffindor sebab Rufus kata pedang tu tak boleh jadi hak perseorangan Harry.

Sempat menggatal hahhaa... Babak sebelum majlis perkahwinan abang Ron, Bill Weasley dan Fleur Delacour. Watak peserta dalam HP Goblet of Fire. Tapi sedang elok dorang bersukaria masuk patronus amaran yang maklumkan pihak kementerian dah dicerobohi orang-orang Voldermote.

Luna Lovegood. Belakang tu bapaknya. Keluarga ni sering dipandang serong oleh masyarakat sebab punya fahaman berbeza dengan orang lain tentang ilmu sihir. Tapi Luna ni antara kawan yang setia dan baik.

Sempat larikan diri dengan penjelmaan sejenak. Hermoine sempat usung semua barang-barang dorang untuk pengembaraan terdesak dalam sebuah kantung kecil.

'Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1' Review ( Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1 Movie Still)

Babak ketika dorang tangkap Mundungus Fletcher yang curi harta keluarga Black. Harry bengang sebab semua tu harta milik bapak angkat dia Sirius Black. Yang penting loket Slyterin dijual pulak kat perempuan muka kodok, Dolores Umbridge.

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Babak ketika dorang sedang cari kakitangan Kementerian Sihir untuk menyamar. Dorang gunakan cecair polyjus yang boleh merubah bentuk rupa dan badan dorang menyerupai orang lain.

'Harry
Babak ketika Harry, Ron dan Hermoine menyamar sebagai kakitangan Wizrad Ministry untuk cari Horcrux loket Slyterin. Belakang Harry dari kiri Hermoine, wife 'Ron' dan Ron. Menjadi jugak karektor Harry, Ron dan Hermoine yang dilakonkan 3 watak baru tu.

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Babak ketika dorang lepas larikan diri dari Kementerian Sihir. Masa ni Ron cedera parah ketika lakukan penjelmaan. Nasip naik ada cecair Dittany yang boleh segera sembuhkan luka. Hermoine sedang buat jampi mantera perlindungan. So bila dorang duduk dalam, orang kat luar tak boleh nampak dorang. Kira jadi halimunan dalam ruang lingkup jampi la.

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1

Ron dah jadi tak stabil. Loket Slyterin tu dorang pakai secara bergilir-gilir supaya tak dipengaruhi oleh kuasa jahat dalam loket tu. Tapi disebabkan Ron ni jenis kawan yang paling lemah semangat, risau kat keluarga dia lagi. Tu pasal dia jadi cepat melenting dan curiga nak-nak sebab jeles tengok Harry macam rapat dengan Hermoine. Pas gaduh besar dengan Harry, Ron hilangkan diri. Tinggallah Harry dengan Hermoine je teruskan usaha cari baki horcrux yang masih tinggal.

Harry Potter and the Deathly Hallows cast

Ron kembali kepada pasukan lepas selamatkan Harry dari lemas dalam kolam ais. Waktu tu Harry nak amik pedang Griffindor yang terbenam dalam kolam. Tapi sebabkan Harry pakai loket masa nak menyelam tu, loket tu cuba lemaskan Harry. Nasip baik Ron ada dan selamatkan Harry. Sebenarnya Ron dapat kembali pun sebab dia gunakanalat deluminator yang diwasiatkan Prof Dumbledore kat dia. Memang berguna alat tu untuk Ron sebab Prof tu seakan tahu Ron ni mesti akan tinggalkan kumpulan jap pastu nak datang balik. Haih...
Xenophilius Lovegood bapak Luna. Dia jadi cam tak betul sebab Luna kena tangkap dengan kumpulan Death Eater. Sebabkan Xenophilius ni terbitkan majalan the Quibler yang sokong Harry 100%, jadi Death Eater jadikan Luna sebagai umpan untuk tangkap Harry melalui Xenophilius.
Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1 Movie Still
Babak ketika Harry cuba selamatkan diri dari dibelasah Nandini Ular Sawa Voldermote yang menyamar sebagai Bathilda Bagshot, penulis buku sejarah Hogwarts. Sebenarnya Bathilda dan lama mati.


Lepas kena tangkap dengan geng Death Eater, Harry dan kawan-kawan kena tawan di rumah agam Malfoy. Dorang ni tengah stress sebab Voldermort dah tak percaya kat dorang lagi. Terdesak nak dapatkan Harry, Lucius cuba paksa Malfoy yakinkan Voldermort yang dorang tangkap tu Harry Potter. Malfoy lak sebabkan ada rasa bersalah kat Harry sebab bunuh Prof Dumbledore dalam filem lepas, cuba lengahkan masa. Masa ni Hermoine kenakan sumpahan muka bengkak kat muka Harry, jadi dorang susah nak cam parut panah petir kat dahi Harry yang kabur dek bengkak teruk tu.

Ollivander si pembuat tongkat sakti dan Luna diselamatkan oleh Dobby. Sebabkan Dobby ni elf rumah, dia boleh sesuka hati keluar masuk rumah secara penjelmaan sebab keluarga Malfoy ni dulu bekas majikan dia.

Bellatrix Lestrange terdesak betul nak ambil hati Voldermort. Dia ni semacam fanatik Voldermort la. Perasan dialah orang paling diperlukan Voldermort heh. Bellatrix tengah terkejut gaban tengok pedang griffindor dipegang geng Death Eater. Dia sangka geng Harry curi masuk dalam bilik kebal harta dia kat Bang Gringot curi pedang tu.

Adegan ketika Dobby selamatkan semua orang.

Harry Potter and The Deathly Hallows Dobby Close 15 10 10 kc1 Harry Potter Posters: Dobby and Bellatrix

Dobby dalam kenangan. Dobby mati sebab ditikam pisau yang Bellatrix baling masa dorang lakukan penjelmaan.
Harry sedih giler masa ni sebab Dobby mati. kawan-kawan tak dapat buat apa.

Harry Potter and the Deathly Hallows closes

Last scene. Voldermort pecah masuk makam Dumbledore sebab nak rampas tongkat sakti Dumbledore. Dia ingatkan tongkat tu tongkat yang paling berkuasa di dunia sihir. Tapi.... Ah! Nantikan filem lanjutannya untuk tahu maklumat sebenar. Kalau tak sabar, boleh baca novel Harry Potter And The Deathly Hallows.
Kesimpulannya, filem ni memang yang ditunggu-tunggu peminat HP. Kalau kureng minat tu tentu kata filem ni boringlah, slowlah... Memang gitulah untuk awal cerita. Dalam novel pun macam ni. Tapi nantikan filem kedua nanti. Lebih banyak aksi yang mendebarkan. Spoiler sikit, libatkan naga libatkan peperangan besar-besaran dekat istana Hogwart! Nantikan.....
Ps: Sorry entry ni sedikit berkecamuk

5 comments:

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil said...

Wan!!! Wawawawa wan dah tgk.. Akak x p lg.. Bila ayah Aqil nk bwk ni.. Budak bleh msk x wan?! Ingat nak bwk Aqil.. ;o)

Ieda Al-Habsyi said...

adoiii kak wan! ieda belum tgk lagi tapi lagi teruja pas baca semua niii :)

Wansteddy Tales said...

bawak je kak. wan pn bawa damia hahhaa... tp cm damia jap je dah boring la hehe

misyamissyou said...

akak!!!! jeles kejap sbb sy lom tengok..assignment melambak kak.. T_T
tp heheee..i love spoiler..tu yang bace post akak ni..tp dlm buku mcm xde je pasal mr.lovegood pegang locket DH tu..hurm..but interesting..sy rase DH ni macam mate dajjal lak..kan?

CaDLyNN said...

best2...i loikkkkkkeee HP..
harry potter cute~ haha