Nuffnang

Thursday, November 18, 2010

“My Magical Journey”


Jemputan menonton tayangan perdana filem ketiga Narnia, The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. Sila kemukakan pas istimewa ini untuk mendapat tempat khas semasa tayangan perdana, terima kasih.

Kisah bermula apabila Lucy dan Edmund diserap masuk semula ke dunia magik Narnia. Kali ini lokasi dramatik luas terbentang lautan samudera dengan kapal bahtera yang indah.

Pada suatu hari, Lucy dan Aslan datang mengadu kepada Edmund supaya menukar haluan perjalanan ke destinasi yang lebih menarik. Duduk-duduk je atas kapal boring jugak kan. Dah la asyik mabuk laut je.

Edmund yang sporting tu pun bersetuju nak carikan pulau baru sebagai destinasi riadah mereka nanti. Sambil-sambil tu boleh jugak merasa lepak-lepak pekena BBQ kat mana-mana pulau sambil cari harta karun.

Di pulau pertama, Edmund menjumpai wakil penduduk yang mengejutkan. Ada iras-iras kakak beliau, Cik Susan. Tapi muka dah diupgrade lebih 'segar'. Pulau yang dimaksudkan terletak dalam filem kedua siri Narnia ketika mereka dalam misi menyelamat Putera Caspian. Lokasinya sangat strategik kerana dikelilingi dengan air. Bolehlah bahtera dorang parking kat mana-mana.


Lokasi kedua yang dilihat oleh Edmund ialah, tapak jajahan White Witch dalam filem pertama siri Narnia. Memang best sebab kelilingnya diliputi dek salji. Tapi Edmund risau pulak tempat landing bahteranya takde, jadi terpaksalah teruskan pelayaran ke destinasi lain pulak...

Destinasi ketiga yang best kat Narnia ni tempat, pulau misteri yan dijumpai oleh Lucy dari dalam kapal dorang. Walaupun belum ketahui nama tempat tu, Edmund tertarik jugak nak lepak kat situ sebab panoramanya memang indah dan sesuai untuk dijadikan tempat istirehat. Tapi peliknya ada pulak makhluk yang mengenakan pakaian perang Peter. Perkara ni menimbulkan kem

Tapi lepas difikir-fikirkan semula, Edmund tak rasa semua tempat tu strategik untuk dijadikan tempat persinggahan sebab semua penduduknya lain macam je. Dari satu pulau ke satu pulau muka penduduknya sama je.... Pengarah cerita ni tak gunapakai pelakon lain ke?

Sekian dulu kisah dari saya. Tengoklah komen dari pelakon filem ni. Tak setujulah tu dengan jalan cerita yang saya olah tu. Best apa.... Filem olahan saya ni ditaja oleh Nuffnang dan www.gsc-eonbankcard.com. Kalau nak best lagi jom lepak kat sini: “The Ultimate Movie Card”. Macam-macam contest menarik disajikan untuk peminat Filem Narnia!

poster

7 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

keh keh...tergolek duk gelak cerita yang menarik ini :)

mummy_ayu said...

wah..best tu...tgk wayang free..cita pun best!!!

yantz-yeem said...

contest ke nih???gud luck bebeh!!!

Bee @ honeyvsbee said...

wahh kreatif erkk

SyUhAdA said...

gudluck akak~!!

smoga bjaya..

nba-Nur said...

Kreatifnya.. Anyway good luck ye..

ummuabdullahsyaakir said...

Dari awal dah menarik...hehe lucu betul..

Tahniah kak.