Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, December 2, 2010

Hadiah Wansteddy Giveaway Season 2!

Masanya untuk umumkan hadiah-hadiah yang bakal diterima pemenang Wansteddy Giveaway Season 2! Bersedia ya pemenang my GA :) Walaupun hadiahnya takdelah mahal mana. Tapi aku beli dan hadiahkan sesuatu yang aku suka. Bila aku suka, aku senang hati nak kongsikan bersama rakan blog yang lain. Kalau aku anjurkan GA mintak tolong kat orang lain cabutkan nama (lucky draw) pemenang. Dorang tak kenal rakan blog aku. Jadi mereka memang takde kes bias-bias ni. Percayalah :) Orang kata rezeki terpijak. Hari ini hari mereka, mana tahu esok lusa hari kalian pulak memenangi sesuatu dari giveaway anjuranku :) Senyum....!

Kotak perhiasan. Ini hadiah untuk pemenang utama. Sangat comel dengan renda-rendanya. Sebab tu aku kata deko ala englishnya tu. Diharapkan adik Kehelan suka akan hadiahnya itu... Tahniah yep!

Magnet baju kebaya. Ini hadiah yang paling lama aku cari-cari untuk kongsikan bersama rakan blog. Dah lama rancang nak bagi hadiah sebegini sebab aku pun dah ada 3 buah koleksi baju kebaya macam ni. Best kan dapat berkongsi dengan orang lain. Tapi pilihan warnanya terhad. Pink tinggal satu je. Kalau boleh aku nak beli semua pink, tapi terpaksalah beli apa yang ada je huhu... Nanti aku kirim pos secara rawak je. Adil dan saksama yeh! hehe...

Hiasan gantung. Ini hadiah tambahan untuk pemenang saguhati. Aku kan suka benda bling-bling. Jumpa pulak hiasan gantung ni. Alah comelnya.... Harap-harap pemenang pun suka juga. Tapi ia bukan anting-anting tau! hohoho....

Payung berhias. Tambahan saguhati. Payung berhias ni pun cantik amat. Aku kan suka deco english. Jumpa lak design payung mini cute ni kat KK Deco. Sungguhlah terujanya. Er.. buat hiasan semata-mata :)

Magnet dolly berbaju kaum Sabah. Satu-satunya hadiah import dari Sabah. Aku nak bagi kat semua pemenang jugak. Lain pemenang akan dapat lain kaum yeh.

Diharapkan semua suka akan hadiahnya. Lagi cepat kalian berikan alamat surat menyurat, lebih cepat hadiah dikirimkan. Terima kasih sebab sudi sertai my GA. Walaupun korang tertanya-tanya, mendalah Si Wan ni nak bagi hadiahnya... Tapi korang join juga dengan tabah. Aku sangat terharu.... Trimas sekali lagi!

10 comments:

shima said...

ted..aku xsmpt mnyertai..huhu..sian aku kn

MRS. K said...

hohohoh...
sangattttttt menarikkkss

Whitey Mommy said...

hadiahnya semua best...

AyuArjuna BiGoshh said...

bestnya...........

SyUhAdA said...

besnye hadiahnye..
tp syu x btuah..
xdpt hadiah yg cute nie..

AcuRose said...

wah..ni mmg rezeki terpijak nih..
bertambah2 da hadiah..
tak kesah nak kasik kaler apa pun wan..
sbb semernye shantekk... :)

Wansteddy Tales said...

shima ~ owh shima, xpe cuba lagi next GA. ada rezki aku anjur lagi ye2 :)

Wansteddy Tales said...

mrs. K + Whitey Mommy + K.ayu = tengs :)

Wansteddy Tales said...

syuhada cuba lagi dik di lain GA anjuran akk :) insya'allah ada rezki akk wat lagi :)

Wansteddy Tales said...

acurose ~ hehe... tingat acu kata berkenan dgn magnet kebaya tu. nak jadi rezki acu jugak tu :)