Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, December 30, 2010

Teen Girl memang akan suka mereka!

Entah kemana sesatnya aku semalam. Tiba-tiba terterjah blog si manis 13. Tak kenal pun. Tapi entry beliau buat aku tersipu-sipu sendiri. Alahai... terkenanglah pulak saat-saat berusia remaja lalala yang penuh dengan idola ceruk rantau dunia. Si Manis tu aku dah lupa nak detectk semula link beliau kat mana. Peminat besar Robert Pattison dan Justin Bieber. Oh... yalah... Zaman sekarang kan orang lelaki berdua ni yang sedang femes... sebenarnya kalau tanya kat aku. Serius aku tak tahu siapa lebih femes. Apa kisah terkini dan segalanya yang terperinci pasal dorang. Padahal klik je hunjung jari semua kisah ada. Bahkan warna spender kegemaran pun boleh dikongsikan dengan peminat kot. Nak atau tak nak je ambil tahu hahahha....

Bukanlah bermakna aku menyampah tengok anak-anak muda minat golongan artis ni. Waktu aku muda remaja dulu pun aku ada kumpulan yang aku suka jugak. Kalau cerita memang pecah tembelanglah aku. Pernah ke tahap aku beli dua majalah yang sama sebab satu sayang nak potong artikelnya. Satu lagi boleh dipotong buat koleksi. Banyak giler poster-poster aku kumpul. Siap apek jual buku kat Chong Brothers, Gerik pun dah cam sangat muka aku. Asal masuk je kedai buku dia, nak cari pasal info Backstreet Boys, Gil Ofarim dan lain-lain lagi. Ikutkan banyak lagi aku suka. Tapi aku ni kira kipas susah mati utama BBS la. Sadisnya. Lepas masuk asrama tahun 1999. Abah aku senyap-senyap ambil meja belajar dari dalam bilik aku. Kendian faham-fahamlah. Bila abah jumpa je koleksi poster anak omputeh dalam meja tu habis licin abah buang dan bakar!

Aku tengok bekas abu majalah terbakar tu 2 minggu lepas insiden tu. Sedih wooo... Nak-nak aku memang super fan boy band masa tu. Tapi lepas tu aku berazam baru. Malas dah nak kumpul majalah artis. Sebaliknya aku mula kumpul manga pulak! hahhaha... Sejak tu minat nak kumpul manga dah jadi kegilaan baru buat aku. Di lain waktu aku akan kongsikan kisah aku dengan manga pulak.

Ini Justin Bieber. Siapa suka kat dia? Tangan tangan! Aku suka dengar suara dia je. Lemak merdu disukai ramai. Bajet sebab dia comel, sebab tu ramai suka dia kan... kan.... Budak-budak perempuan mesti mengaku punya hahahha... Sampai sekarang aku dok pikir kalau dah pecah suara kanak-kanak Bieber ni camne lah gamaknya bunyi lagu Baby tu hahahha.... Tapi En. Bieber tak risau. Sebab pelatih suara ada untuk membantu beliau atasi masalah peti suara tu. Macam yang dilalui oleh mentor en.Bieber sendiri, Mr.Usher.


Siapa tak kenal dia memang peliklah. Tahap mak budak macam aku pun kenal. hahahha.... Hero Twiligth ni asalnya femes sejak join Harry Potter with the Goblet Fire. Pas femes tu macam-macam la khabar angin pasal aura en.Robert ni. Kekonon beliau ni ada keturunan drakula sebelah pak mak dia la. Entahlah... Bila dah kuar fakta bukan-bukan ni bukan timbul rasa kagum dah. Pelik2 pun ada. Gasaklah asalkan en.Pattison ni berlakon besh2.


Inilah hero hakak ketika muda dulu! hahhaha... Malu nak ngaku. Tapi alang-alang biarlah aku cerita. Kalau adik-adik tak kenal. Beliau ni femes dengan lagu If You Only Knew. Mamat ni bernama Gil Ofarim. Sangat berbakat. Suara pun merdu. Dia ni kalau sekarang kita kata Bieber la. Muka comel, suara merdu dan yang besh tu ada gaya tersendiri. Trademark Gil ni, rambut lurus panjang dan gitar kopak mesti di tangan. Sampaikan masa video klip lagu femes Gil ni terpapar di TV ramai fan (natik) perempuan macam hakak ini komplen, Gil tu nampak lebih perempuan dari model VC tu hahhaha... Sangat kelakar bila kenang-kenang. Padahal dalam hati nak ngaku dorang lebih sesuai jadi model VC tu la kekunun... muahahahha....


Yang akhir tapi tak boleh dicicirkan. Inilah geng mamat lorong belakang yang hakak suka DULU. Sekarang satu khabar berita dorang pun aku tak amik port. kalau dulu segala info pasal BBS ni aku nak amik tahu dulu. Kendian bergosip sakan dengan kawan-kawan sekolah macam wartawan hiburan sensasi. Kalau sembang pasal dorang ni tak habis. Tapi cukuplah hakak mengaku sekurang-kurangnya hakak kumpul lebih 100 artikel pasal BBS dan 45 poster pelbagai saiz BBS. Kemaruk punya pasal. Selepas insiden poster jadi abu dulu. Tinggallah BBS. Takde makna dah aku nak terkejar-kejar info pasal dorang lagi dah hahhaha.... Lagu BBS yang tak boleh lupa. Sebab aku memang hafal siap translate lirik lagunya. Punya kemaruk. As Long As You Love Me.

2 comments:

MRS. K said...

ada salah taip skit tu,
BSB lah bukan BBS. hehehe..

oh, kite pon minat gilerrrr la BSB.

zaman dulu kan pakai kaset ja, kumpul duit beli kaset BSB, nsync, moffats..

eh, kaset Raihan pon i beli tau! hehehe...

Wansteddy Tales said...

mrs.K ~ aah la... nmpk sngt bkn fan dia dah smpi lupa nama! haahahah... nsync saya xgemar sbb masa tu cm saing dgn BSB. boley la kekunun fanatik BSB je la hahhaha... iye... zmn kaset. ingt lg siap beli walkman sony. dpt walkman cmtu pn rasa dah mewah sungguh dah! hahhaa