Nuffnang

Followers

Sunday, January 2, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

http://4.bp.blogspot.com/_grx4UIPvleo/TQW-8DiQjmI/AAAAAAAAAYs/TWD-oQBzRek/s1600/hantu_kak_limah.jpg
Lepak kat TGV KLCC semalam. Layan filem melayu yang sangat besh ni. Kelakar dan ada 'isi'. Walaupun aku bukan penterjemah filem yang baik. Hanya menonton untuk hiburan semata-mata. Aku tetap rasa sentuhan pengarah Mamat Khalid kali ni betul-betul menjadi. Pada sesiapa yang belum tengok. Pergilah tonton. Memang SUPERB KELAKAR!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZkokOMPopTkNjFh_Rpi7rvTE2htssu8lrS_8_S4ArXrOX9S8TVPCONgIzYBM0if2UHA2Pb2CnweeqI_JJtKJ79A9CVQZvTJmVshwWVf29BfXbUtmqK9EQhwoIpXqQgiwXJUAaocpulQ8_/s1600/Hantu+Kak+Limah+Balik+Rumah.jpg
Kisah bermula apabila Husin baru balik dari Singapura. Husin nak balik pinang semula bekas tunangan lamanya Che Nin. Tapi sebelum hajat tu tercapai. Mcam-macam kes berlaku kepada penduduk Kampung Pisang. Semuanya gara-gara kelibat Hantu Kak Limah sentiasa mengganggu dorang. Bak kata MA kesihatan "Bala semua ni... Bala!"


Watak Usop paling best. Bekas artis kebudayaan yang tak lekang dengan ritma gemalai tangannya. Dah jadi trademark filem ni dah. Dalam flem ni Usop terpaksa berkerusi roda milik kerajaan sebab terlibat kemalangan dengan jentolak. Tapi..... bila sampai keadaan darurat... Boleh pulak si Usop ni tolak kerusi roda dia sendiri! Memang pecah panggung tengok gelagat si Usop ni. Ada ketika boleh lak keluar suara jantan dia. Pastu tak habis-habis dengan sikap provoke dia... "Cube cerite... Cube cerite..." tak pun "Bako! Bako je rumah dia!" Pada aku watak Usop je dah menguasai hampir separuh cerita. Sebab keluar panggung dok teringat-ingat telatah lucu dia yang memang selamba!

Aku rasa heroin sebenar filem ni ialah pelakon Delimawati yang memegang karektor Kak Limah tu sendiri! Sebab majoriti kisah dan tajuk pun memang menjurus pada nama Kak Limah. Spoiler (sila highlite tulisan berikut): Sebenarnya Kak Limah ni orang gila lari dari pusat rawatan mental. Yang mati dalam rumah Kak Limah tu, pembantu rumah yang diupah anak Kak Limah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6Yv9vOYXP5957PXHhKesZ_Y2I15J3JZIju3DSLHZb10IOLosNxN0WYHOLNY7Fs31ezBLJTozUt23sMvd2WRzRukC1_glR8e5iaHT7l8jinBJ82nhNJ2URTt_W1m6D8zuEJONINrdtWr4h/s1600/Hantu+Kak+Limah+Balik+Rumah2.jpg
Bomoh warga Indonesia yang hebat lawat mumia dan yankee pun tak dapat tewaskan Hantu Kak Limah! Begitu handalnya super power Hantu Kak Limah ni. hhhahaha... Memasing dah mula nak salahkan pentadbiran kampung. Politik pun iye jugak hahhaha...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDVw5Fz-IYhaE07UAVyLfGPmmVU6Jz_1SjOC5dMX6KsEbTysvE2EL8NoryTbetjq2h9ycu-fZ3IfkCGRxfYaDMc7BqMJb5jrQV8fpUvc5lJYDrn_fdJG0u6vEMq2IM8JwqW4gRlQ1xkUG8/s1600/Hantu+Kak+Limah+Balik+Rumah4.jpg
Kali ni dapatkan bantuan bomoh Siam. Siap datang hantu Nang Nak tau hahaha.... Sadisnya tok bomoh Siam ni kena lipat dua dek Hantu Kak Limah.... Handal sungguh Kak Limah!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-oVOaSOOpvYi-EpkSUMt4mmI50TdX6GJ9NZMUFrs_QcNcB-bVabFYKnJ5OMm9xPPgLcxGII1GjOul1zCr9gIwCmvyE1nOiPIve8BfQW57BLvba-uq3ODLyoIVwfxiumryPaCy86lOTUx5/s1600/hklbr.jpg
Husin nak tekel hati bapak Che Nin semula. Demi nak kahwini Che Nin ni... Spoiler: Tapi Husin tak tahu sebenarnya Che Nin dah meninggal 6 bulan selepas Husin putuskan pertunangan. Kesian Husin...

Korang mengaku anak Malaysia? Supotlah filem kita. Aku sebenarnya jarang jugak layan filem Melayu. Tapi secara jujurnya filem Mamat Khalid ni memang buat aku terkedu. Boleh kata sepanjang masa aku ketawa je layan filem ni. Bukan ketawa buat-buat okey. Serius layan....!

4 comments:

Cik Puan Nurul said...

wan..bukan cube cerita la..tapi cer cite cer cite..muahahahha me too jrg nk tgk pilem melayu kalo g panggung mesti layan cite omputih,kat umah pun layan cite omputih je..tapi antu kak limah buat kiteorg nk tgk lagikkkk hahah

Wansteddy Tales said...

betul tu.... bnyk sngt pronoun pelik2 dlm flm ni hahahha

AyuArjuna BiGoshh said...

suami hakak pun kata beshhhh

Wansteddy Tales said...

k.ayu ~ layan sngt :D mamat sblh wan nk tjk macho dgn awek pn xleh kontrol ketawa gak dlm panggung! mmg bikin gamat hahhaha