Hari terasa lama sangat berlalu... Komputer aku kembali buat peel. Maka merantaulah aku dari satu komputer ke komputer lain. Mana-mana petak kosong. Aku lepak kejap. Kalau datang orang nak gunapakai, aku berhijrah ke komputer lain. Bukan buat kerja. Isi masa layari internet. Macam mana nak buat kerja. Semua hasil kerja aku dalam komputer. Yang berbaki dalam external hardisk semuanya kerja-kerja lama. Pulun nak buat juga? Rasa tak best la...
Sebenarnya aku cuak. Kerja aku tengah banyak. Yang berbaki dan yang tertunggak. Aduh... peningnya kepalakuuu.... Rasa nak dondang sayang depan pc aku tu. "
"Kenapa kau buat peel...
Kenapa kau buat perangai...
Sedang aku banyak kerja....
time tu la ko buat hallll.... "
Kenapa kau buat perangai...
Sedang aku banyak kerja....
time tu la ko buat hallll.... "
Gitu lebih kurang. Sila nyanyikan ikut ritma yang betul. sambil tangan kena gemalai ala-ala watak en.Usop, bekas penari kebudayaan dalam filem Hantu Kak Limah Balim Rumah... Tapi dari bercakap bodoh depan pc baiklah aku isi masa yang terluang ni lepakian sana sini.
Aku dah fedap! Rasa seluruh waktu aku terbuang. Tu komputer tengah disemak orag. Kalau tak puih lagi aku nak bagi je terajang! "Hiah! Hambik ko!" gitu pikiran aku. huhu....
2 comments:
alahai..banyak2 bersabar yer wan..mau pening kalo tak ngadap pc sendiri sehari.
elissmie ~ sabar luar kawalan dah eliss huhu... sep bek ada komputer free kat sebelah, bolehlah ambil masa layan tenet kat situ jap2. harini pn blm setel. tension gak bile kerja jd pending gini :(
Post a Comment