Semalam kerana dasar perasaan ingin tahu. Aku pun menggooglekan diri akan namaku sendiri. Kelakarnya ada jugak nama aku keluar tang maksud nama aku sendiri. hahhaa... Tapi lain yang aku cari, lain yang aku perolehi. Rupanya ada rezeki sedang menunggu sampai ke riba. Walla! Alhamdulillah aku terpilih salah seorang pemenang majalah Eh! keluaran November. Hadiah yang bakal diterima produk Ettusais seperti paparan di bawah.
Berikut senarai penuh pemenang produk jenama yang sama. Kerana untuk kreditkan diri sendiri. Maka aku dengan jakunnya menghailait nama sendiri hahahaha... Andai kalian nak semak baki pemenang contest yang lain, bolehlah rujuk di sini. Puas aku camkan nama-nama pemenang yang lain. Tapi tak kenal sorang pun. Mungkin ada di kalangan pemenang tu geng blogger. Tapi aku tak kenal. Sorry sangat. Len kali kalau aku dapat kenalpasti senarai pemenang aku maklumkan terus pada empunya diri yeh!
Terlalu happy dengan khabar ini. Aku nak tahu apakah sebenarnya gerangan produk yang aku menang tu. Sebab aku ni memang tak reti sangat bab produk kecantikan ni. Belasah je mana yang ada. Rupanya produk tu, Ettusais Bitaba Volume Mascara. Maskara la korang... Nasip baik aku tak beli maskara kat Watson minggu lepas.Voucher Watson yang aku menang haritu, aku beli alat mekap. Logik tak logik? Tapi okeylah tu. Jimat gaji aku. Mekap tu boleh tahan 3bulan! miahahaha... Kedekut pahit nak belanjakan untuk diri sendiri! hehe...
Sebelum tidur ni aku nak berangan pakai mekaplah. Ala-ala pelakon Korea. Tapi sure bayangan aku buatkan muka aku jadi pelakon opera punya! Merepek meraban kalau berimaginasi! hahahha...
6 comments:
ekekekek tahniah
wahh.. kalah la bulu mata rozita che wan pasni.. hehehe
congrats wan!!
ni me ada me tag u:
http://suzie284contest.blogspot.com/2011/01/join-aktiviti-3womensapa-nak-free-gift.html
sila join yer, sbb org yg ditag mesti join utk me layak dapat free gift heheh
Lelord ~ thanx :D
h4ni3 ~ bulu mata wan ciput sbb mata cepet hahaha
mama zharfan ~ gift blm terima lagi k.suziey tp gigih buat entry dlu hahaha ok wan take note, thanx invite wan ;)
Post a Comment