Nuffnang

Followers

Wednesday, March 23, 2011

Badut Purple yang comel

Waktu genting-genting badut comel ni sangat berguna tau! Dapat ke korang teka apa fungsinya badut purple ni? hahahah... Mana aci tengok gambar kat bawah baru nak bagi jawapan kan... Sila teka dulu eh!

Iya... badut ni sebenarnya sebuah pen! Hadiah daripada kawan opis. Cik Nurul. Dah jadi wifey orang, masih juga aku panggil Cik Nurul. Tak pun saja-saja ubah nama dia panggil Cik Nuyu... Sama nama dengan gelaran kat sepupu aku dulu. Kadang-kadang la, sebab sedap disebut. hohoho... Trimas pada Nurul... Dah lama nak buat entry khas ni tapi asyik lupa dan bertangguh saja. Saja-saja Nurul bagi pen gift ni. Rasanya lepas Nurul balik dari pameran kot. Besh kan. Walaupun hanya sebatang pen, aku rasa happy dan dihargai! Sebab pen ni cute dan jasa baik ingatan kawan yang penting ^^

Pen di meja aku selalu sangat hilang-hilang. Aku cuma fikir, ada la tu geng opis yang pinjam, (buat-buat) lupa nak pulangkan. Takde label nama pun, gitulah jadinya. Kadang tu pen mahal-mahal aku (untuk bahan melukis) pun asyik kena sebat je. Kesal betul tau... Tapi dalam banyak-banyak pen, pen badut ni yang selalu selamat dari kena kidnap. Walaupun dok terlentang atas meja, dalam mug pen. Masih survive! hohoho... 

Aku rasa sebab orang tak tahu fungsi badut ni kot... Lagipun kepala badut ni berat.  Berat kepala! hahah... Pertama kali menulis rasa sengal atas tangan. Aku ni jenis menulis atau melukis dengan  cara menekan pen atau pensil. Jadi impak menulis tu memang la terasa. Sengal-sengal tangan, nak-nak bila tulis banyak-banyak. Dalam keadaan terdesak. Bila pen yang dicari asyik hilang je. Pen inilah saja teman setia pun. Dah lama guna, sudahnya aku dah malas nak cari guna pen lain. Serasi dengan yang ini pula. Janganlah pula ko hilang badut comey ek!

Dan ya... bila pen mekanikal aku hilang, pen badut ini boleh jadi penganti untuk lukis kartun secara manual. Beshnya kualiti dakat pen ni, masuk je nak buat apa pun. Memang beshlah!

8 comments:

Wan_hazel said...

hahhaa..pen badut...badut leh wat ape je ...comel je pen tu warna pun tenang..ahaha...wan nie bab melukis memang tak reti..bedal je lah nak guna pen ape..yang penting lukisan macam lidi..ahahha

Unknown said...

comel! :)
EH, MEH SINI AKU NAK TERANGKAN PASAL DADAH!

Cute MuM said...

comel nya pen tue..
i like warnanya..
hihihi.

CaDLyNN said...

tomeila pen badut tu..boleh bg inspirasi nak wat doodling tu :)

eija_sweetmama said...

hehe..berjasa betul pen badut ni ye..comel pulak tu..:)

cikMayat said...

comelnya badut tu dok berpikir..hihi.

jiha said...

eh3..
comel3..
nak3...
<3

Anonymous said...

Thought I would comment and say neat theme, did you make it for yourself? It's really awesome!