Nuffnang

Followers

Wednesday, March 2, 2011

Nuffnang Premiere Screening – Mars Needs Moms

Nuffnang anjurkan contest besh! Mars Needs Moms. Jom sertai contest ni. Hadiah yang ditawarkan oleh team Nuffnang kepada 30 pemenang bertuah: Tiket tayangan ekslusif 3D! Cuma jawab slogan mudah dalam blog nuffnang dan anda mungkin dapat tempat untuk tayangan filem 3D! Beshhhh!

   "mars needs moms" 
 Synopsis
Take out the trash, eat your broccoli—who needs moms, anyway? Nine-year-old Milo (Seth Green) finds out just how much he needs his mom (Joan Cusack) when she’s nabbed by Martians who plan to steal her mom-ness for their own young. Produced by the team behind “Disney’s A Christmas Carol” and “The Polar Express,” “Mars Needs Moms” showcases Milo’s quest to save his mom—a wild adventure in Disney Digital 3D™ and IMAX® 3D that involves stowing away on a spaceship, navigating an elaborate, multi-level planet and taking on the alien nation and their leader (Mindy Sterling). With the help of a tech-savvy, underground earthman named Gribble (Dan Fogler) and a rebel Martian girl called Ki (Elisabeth Harnois), Milo just might find his way back to his mom—in more ways than one.

Soalan bagi contest ini:
why you think your mom is the best in the world...
Jawapan penuh kejujuran aku....

"Saya memang rasa mak saya paling best sebab... Selain masakan mak dan lain-lain rutin lazim seorang ibu... Saya rasa tiada apa yang lebih best nak dikongsikan pasal mak saya selain hobi membebel beliau. Mak saya suka membebel panjang dengan menggunakan satu nafas dalam patah perkataan yang panjang. Seperti tulisan saya tadi. Tapi intipati bebelan mak sentiasa berisi. Idea yang diberikan bernas. Nasihatnya berikan ilham dan dorongan baru pada saya. Walau terkadang rasa tension dengan bebelan tersebut, saya tahu mak ikhlas membentuk peribadi anak-anaknya untuk jadi lebih baik. Mak memang sempurna sebagai seorang ibu. Beliau tak mudah melatah dengan masalah. Sebaliknya mak jadikan masalah itu sebagai rencah hidup beliau. Mak belajar dari pengalaman. Dan dengan pengalaman itu mak didik anak-anaknya. Andai kami tersalah langkah, mak sentiasa punya kata-kata bijak yang dapat menenangkan hati. Sesungguhnya dialah ibu yang paling sempurna untuk saya. Selamanya. Tiada yang dapat menandingi beliau di hati saya. Sekarang saya pun dah bergelar ibu. Dan fahamlah saya kenapa seorang ibu itu suka membebel. Rupanya memang best membebel ni. Tapi setakat ini tiada lagi bebelan orang lain yang saya suka dengar, selain bebelan mak saya. Mak saya memang best!"

4 comments:

CaDLyNN said...

good luck! :)

Mama Zharfan said...

good luck wan!! rasanya contest nuff, kalau guna english lg senang menang kot--sbb biasanya most entries yg menang in english--even buat graphic/doodle pun--mcm rapunzel last time--kalau tak silap me :)

EzayHadry said...

gdluck akak!!

Wan Amira said...

Mira pun masuk juga. Wan perasan tak Sekarang contest NN dah tak de hadiah besar2 , kalau tak top prizemesti ade something kan