Projek semester akhir UiTM dulu. Aku buat design grafik pasal produk aromaterapi. Nama kedai, Aroma. Punyalah simple. Tapi lecturer suka. Menepati syarat katanya. Aku tak pikir lain, dah lecterur setuju, proceed kan saja. Tapi lepas tu barulah terfikir. Aku sejenis lukisan pun takde pasal aromaterapi ni. Maka terhasillah idea nak lukis vector pot pourri seperti di bawah.
Dan aku cakap jujur. Lukisan ni buat aku serik! Aku kena lukis sebiji-sebiji lukisan daun kering. Bunga yang tak berwarna sangat dah. Dan garis-garis halus setiap stroke. Tak sampai suku design, aku dah give up sebenarnya. Tapi... keazaman kembali hanya bila aku teringatkan mak. Aku ni dah akhir semester. Kalau aku tak kuatkan semangat. Takde sapa sudi bantu aku lagi. Masa belajar dulu. Aku memang jenis student tak simpan 'toyol'. Toyol ni istilah bagi pembantu senior. Aku pernah merasa jadi toyol senior aku sekejap. Tapi tak sempat merasa simpan toyol. Pertamanya aku tak sampai hati nak susahkan orang lain. Keduanya kerana aku jenis tak reti mintak tolong hahaha.... Sudahnya kerja yang malas-malas itu terhasillah begini. Cantik tak cantik, gasaklah....
Masa dulu-dulu mana aku reti download-download ni. Nak sentuh interet pun rasa seram sejuk. Jakun. Maka nak atau tak nak. Pandai-pandailah belajar sendiri macam mana nak lukis vector. Rajin-rajinkanlah diriku melukis vector ni satu persatu.
Kita tak tahu berapa luas kita boleh teroka. Dengan mencuba saja kita dapat tahu hasilnya. Kalau awalnya hasil kita tu tak seindah mana, biasalah. Adat mencuba. Lama-lama kalau kita terus asah minat dan skill tu insya'allah akan berjaya juga. Yang penting semangat usah luntur. Gasaklah orang nak mengata apa. Pedulikan. Jadi saja diri kita. Nescaya hidup akan lebih bermakna ;)
5 comments:
yepp..just be ourselves kan :)
serius lawo giler...n nmpak kerajinan akak dlm lukisan vector ni.... ooo rupanya akak mmg dr dulu mahir vector ye..no wonder ar terror sgt tgk.. huhu sy kenal ilus ms masuk penerangan..benda pertama sy lukis...logo runkun negara..hahah herit petot
Mama Zharfan ~ ^^
Ida ~ Hakak pun tak ada skill sngt lukis vector ni Ida. Tapi hari2 train dengan idea2 baru, secara xlangsung belajar sendiri. Guru akak, pengalamanlah saja. Hakak juz minta tips2 tool dr pakar illust lain. bnyk lg tool illust yg hakak belum explore habis huhu.
kdg2 frustnya bab lukis vector ni. Kita susah payah lukis sendiri. Adalah juga minaci yg selamba tuduh hakak download. Hakak senang je. Kalau dia tak jumpa file vector yg sama dgn apa yg akak design tu. Jgn ckp bnyk! nk menuduh sila kemukakan bukti sekali baru jelas lagi nyata kan heh! Tuduhan kosong aka dengki semata2 haih... macam2 hal dunia blog ni :P
gigihnya... melukis dgn vector. harap dpt perturunkan ilmu2 pada budak yg baru blaja... actually sy blaja pakai illustrator ni pon masa praktikal je. takde dlm silibus masa blaja kt mmu dulu. dulu pakai freehand. dulu blaja main2. markah pon main2. keje pon mcm2 bidang.. masih mencari2 ape kebolehan diri. dah lama tggl bab2 design ni. skrg baru nk start balik. harap dpt tunjuk ajar sr yg lebih expert. tq
Post a Comment