Nuffnang

Followers

Tuesday, May 3, 2011

World Book Day 2011

Sedutan dari sebuah lukisan. Beberapa minggu lepas inilah projek yang aku usahakan. Bertemakan fairy tale. Aku menggunakan Alice In Wonderland sebagai subjek kerana aku rasakan ia lebih menarik untuk digarap dalam sebuah lukisan. Apa yang beshnya, lukisan penuh ni siap dalam tempoh tak sampai 24 jam!

Menggunakan medium mix media. Antara bahan lukisan, warna pensil, marker color, pen art dan lain-lain. Sebuah lukisan bersaiz A4 yang siap dalam tempoh 24 jam. Sila abaikan keadaan bersepah ini. Sungguh aku tak kisah dah keadaan ruang kerja masa tu. Yang penting lukisan siap sebelum tarikh tutup hohoho...

Berjaga malam sampai pukul 3 pagi untuk siapkan rough sketches. Besoknya perkemaskan line dan warna dengan kepantasan berganda. Lazimnya untuk lukisan bersaiz A4 aku ambil masa dua, tiga hari untuk siapkan sebab aku lebih pentingkan ketelitian pada stroke warna. Dan lagi kalau gunakan medium pensil warna memang lambat nak siap.

Langkah awal lakaran dan mewarnakan bahagian asas lukisan.

Mula mewarnakan perincian lukisan. Masa ni medium warna dah mula bercampur.

Sila abaikan ruang belakang tu... Bila lukisan dah siap, aku pun tak sangka dapat lakukan dalam masa tak sampai 24jam. Tambahan pula haritu ada-ada je masalah nak kena tinggalkan lukisan aku tu sekejap-sekejap. Maka bila lukisan tu dah siap sepenuhnya jadi satu kepuasan buat aku. 
Inilah lukisan penuh yang dihasilkan. Walaupun masih banyak penambahbaikkan yang boleh dibuat, tapi cukuplah sekadar yang ini. Kalau nak lebih terperinci kenalah ambil masa sehari dua lagi barulah lebih puas hati. Cuba korang kenal pasti beberapa watak Alice In Wonderland dalam lukisan ni :)

3 comments:

Mama Zharfan said...

siyes sgt cantik!! bertuahnya wan ada bakat melukis ;)

nurulazham said...

sangat cantik!

Adil said...

tgh cemburu nih.

hahha
great ! Good job !