Nuffnang

Followers

Monday, September 12, 2011

Hadiah dari Wan Hazel!

Nak citer, dalam minggu lepas terima satu kiriman dari Sarawak. Sapa yang bagi? Wan Hazel. Sarawakian blogger yang dikenali ramai dan murah hati dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Kadang-kadang ada blogger dan silent reader blog aku bagi email dan mesej, minta ajarkan cara-cara design dolly. Aku bagi saja link blog Wan Hazel. hahaha... "Maaf Wan, kadang-kadang tak minta izin kat Wan dulu nak share link blog Wan ni." 

Kenapa aku share link blog Wan? Kenapa tidak blog-blog otai lain? Sebab Wan punya tutorial serba lengkap. Dari cara nak hias blog kepada cara nak design artwork! Malah rajinnya Wan ni, sampaikan banyak tool-tool software tak pernah aku sentuh pun, Wan explore. Khususnya Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Memang tabik spring dengan Wan Hazel. Bijak, cekal dan yang penting sopan santun orangnya. Justeru aku tak rasa takde masalah nak berkongsi ilmu dengan Wan. Lazimnya Wan Hazel yang bagi aku ilmu baru! hahah... Trimas banyak Wan...

 
Berbalik pada citer kiriman tu. Wan Hazel memenangi dua pas wayang percuma TGV. Tapi dek kerana di sana tayangan terbatas pada panggung berbeza, maka Wan Hazel tawarkan pada aku tiket wayangnya!  Alhamdulillah... rezeki bulan ni. Jujurnya tiket wayang aku dah kehabisan. Ada yang dah luput tarikh dan ada yang dah habis ceritanya di pawagam. Dapat tiket wayang baru dari Wan Hazel, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal! Rezeki menyinggah. 

Sekali lagi Trimas Gazillion Wan! Semoga murah rezeki Wan Hazel dan dikurniakan darjat yang tinggi di dunia  dan akhirat kelak. Amin...

6 comments:

Mama Zharfan said...

beshnya dpt tix wayang tu :)

AyuArjuna BiGoshh said...

:) wan hazel ni mmg familiar kat blog wan :)

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ besh ><

Wansteddy Tales said...

AyuArjuna BiGoshh ~ Wan Hazel dah macam adik wan sendiri dah. Kebetulan dia pn lebih kurang sebaya adik lelaki wan. n sama2 kos enginering! So kdg2 wan treat Wan sama mcm treat adik sendiri ;D satu yg wan respek dgn Wan Hazel. Meskipun masih muda. Tinggi ilmu. Tidak meninggi diri pula. Syukurlah kenali antara blogger tersohor dan besh macam Wan :D

Wan_hazel said...

hahaha..kak wan..bila baca komen2 n entri akak nie terharu lak..trima kasih kak sebab layan wan macam adik sendri..

Amin dan amin semoga kita sama sama dilempahkan rezeki dan darjat yg tinggi didunia dan diakhirat..Dan semoga usaha dan kejayaan kita didunia nie diberkati oleh Nya..

kita sama sama berkongsi kongsi ilmu..peace kak wan

Wansteddy Tales said...

Wan_hazel ~ mestilah wan... jarang jumpa blogger macam wan. masih berbudi bahasa walaupn dah femes. Peace Wan, semoga ilmu itu berkat dunia akhirat, insya'allah... amin... ;D