Nuffnang

Followers

Friday, December 9, 2011

Won Etude House worth RM200!

Dah lama tak bercerita dalam blog kan. Bulan disember ni tiba-tiba aku diberikan banyaaaak tugasan. Dan kelam kabut jadinya bila semua benda aku kena siapkan segera. Ok, nak share kisah hadiah yang dah dituntut. Sebenarnya hadiah ni aku tuntut sekali dengan hadiah hamper Himalaya dulu. Tapi lebih baik asingkan story sebab lain hadiah lain ceritanya :)

Alhamdulillah selamat terima hadiah sempena sertai contest Majalah InTrend promosi bulan Mei 2011. Hamper Etude House bernilai RM200. Macam-macam ada. Aku agak kagum dan rasa besh sangatlah tengok hadiah dari Etude House ni. Selama ni asyik pandang-pandang je dari luar butik Etude House dari jauh. Suka dengan layout kedai yang ala-ala vintage dan comel sangat. Tapi dek kerana rasa 'tak mampu membeli barang bukan keperluan', tak pernahlah kunjung masuk. Jom tengok barang-barang dalam paperbag ni secara close up.

Romantic pink combine kuning keemasan. Logo putih. Superb design. i likeee...!

Etude House BB Cream. Baca testimoni pengguna, rata-rata gemarkan BB cream ni. Tak payah pakai bedak kompak pun takpe sebab BB cream ni dah meresap lembut ke kulit. Macam besh je... Tergedix nak mencuba gak ni hehe...

Antara produk menarik yang dihadiahkan. Kalau nak manja-manjakan diri ala di sauna, bolehlah cuba Dry Sauna Special Kit ni.

Yang ini pun sangat menarik. Selama ni selalu tengok detox patch kat kaki je. Tapi Etude House siap design untuk tangan sekali. Menarik kan Hand Bouquet ni.

Yang ini pasti disukai ramai. Long Lash Mascara. Sekali calit bulu mata melentik dengan semulajadi. Memang besh!

Etude House nailcare. Cute kan... Selama ni tak pernah terfikir nak beli sebab tak tau guna. Tapi tengok pakaging ni, nak buka pun sayang sebab cute-cute sangat!

Yang ini tak pasti apa dia. Sebab lupa nak ambil gambar penerangan kat belakang pakagingnya. Rasanya mask kot. Ada dua perisa, pomegranate dan green tea. 

 Tisu muka Etude House

11 comments:

intanloveamir said...

tahniah kak wan...;)

memo hazel. said...

tahniah kak wan. wahh! barangan korea tuuu. :)

Cute MuM said...

tahniah..
best hadiah tue..

Mama Zharfan said...

congrats wan :) cute nya :)

azelyusoff said...

salam. wan nak tanya. Normally kalau menang kat magazine, berapa lama organizer announce/send letter?

Azlina said...

comeynya barang2 dier...ala2 gurgel...tahniah

Cho Zila said...

best.. best... best.. seronoknyer ...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

cutenye..pinky-pinky

Wansteddy Tales said...

tq semua :D

Azelyusoff ~ bergantung pd penganjur. Ada yang htr surat tuntutan hadiah cepat, ada yang makan bulan, tahun baru sampai. Selagi stok belum sampai kat tgn penganjur, selagi tu surat pending kita terima. cumanya kalau dah lebih dr 3, 4 bulan, cubalah kol penganjur maklumkan perkara ni, manatau penganjur terlepas pandang ATAU surat hilang. Wan ada bnyk surat blm diterima. surat tuntut hadiah utk bln 11 2010 pn smpai skrg blm terima lagi. tgu je myb sbb stok blm sampai kat dorg ;)

dalila said...

tahniah.... cute2 pulak tu.. dela dh lama x hantar contest majalah

mieraminho95 said...

wah!! tahniah kak epa..comelnye produk etude house 2..jelez ni..ekeke..sebab lee min ho duta produk 2..huhu..anyway..congrats.. :D