Nuffnang

Tuesday, February 21, 2012

Won Grand Prize Tayangan Perdana 'Adnan Sempit 2' Bersama Intan Ladyana CONTEST

Alhamdulillah menang hadiah utama peraduan Tayangan Perdana 'Adnan Sempit 2' Bersama Intan Ladyana.  Contest ini anjuran Shurah dan MIG. Syarat peraduan; kena beli sebarang produk Shurah. Hantar borang penyertaan bersama resit dan tandatangan Shurah yang kreatif. Syukur... terpilih dikalangan 5 pemenang utama contest ini. Yang paling menarik, aktiviti sepanjang tayangan perdana ini diadakan. Entry kali ni Wan nak share lebih sikit  gambar dari kebiasaannya.

Barisan pelakon dan orang kuat MIG. Filem Adnan Sempit 2 ni memang gempak. Lebih banyak scene lawak yang buat kita tergelak sampai senak perut. Paling tak tahan, kes kejar mengejar antara Adnan lakonan Shahizey Sam dan Bobby lakonan Along Raja Lawak. Siap motor masuk shopping mall. Turun naik esklator, masuk lif. Masuk pasar segalanya. Banyak scene-scene kejutan yang kita tak terfikir pun dorang nak buat. Kelakar sangat. Dan untuk filem Adnan Sempit 2 ni, watak Intan Ladyana tampil lebih lucu dan comel sangat. Tak ketinggalan lakonan Yana Samsudin dengan watak Wawa. Serius besh! Cameo paling gempak mestilah dari Angah Raja Lawak. Tak habis-habis dengan microfon dia hehe... Kalau bagi banyak spoiler tak besh la kan... Apa kata korang jengah sendiri panggung Adnan Sempit 2. Gerenti tak menyesal. Sebab superb besh ;D

Waktu tunggu giliran Wan ambil hadiah. Tiba-tiba mek kecik Damia, ikut menyelit nak ambil hadiah. Intan Ladyana ni memang sporting. Intan dukung cik Damia yang takde silu tu. Yang risau tu bukan apa, Cik Intan ni kecik molek je orangnya. Larat ke nak dukung mek Damia yang berat sekampit beras tu hehe... Apa pun thanks Intan, happy Damia haritu. Dia panggil Intan Ladyana, "kakak cantik" ehehe...

Habis tayangan Adnan Sempit 2. Inilah pertama kali kami masuk ke Subang Parade. Ruang pawagam MBO boleh tahan menarik juga. Selesa. Yang besh tu skrin pawagam tu tak tinggi. Penonton yang duduk di kerusi bawah, tidaklah mendongak sangat waktu nak menonton macam kat sesetengah pawagam tu. Ruang berjalan  keluar dari panggung pun takde terkepung dan sesak sangat. Kesimpulannya MBO cinema ni memang selesa.

Dalam ura-ura nak balik tu, terserempak dengan kak Neen. Salah seorang rakan pejabat. Kitorang nak bergambar, mek kecik Damia pun nak tumpang sekaki. Kitorang pegang hadiah, Damia pun nak ada hadiah dia juga. Memang demand haha..

Surat pengesahan hadiah dan tiket masuk tayangan perdana. sepatutnya untuk dua orang. Tapi disebabkan banyak kerusi yang masih kosong, kami kongker 3 kerusi hehe... Alhamdulillah... semuanya dipermudahkan. Damia pun memang enjoy sakan tengok filem Adnan Sempit 2 ni. Bila nampak motor kat luar, siap sebut-sebut "motor cross motor cross" haha... Rentetan terkenang aksi motor cross kat kampung dulu. Semua motor Damia kata motor cross.
Antara hadiah-hadiah yang diberikan.  Setiap tetamu yang hadir diberikan paperbag Shurah berisi produk-produk terpilih. Bagi pemenang grand prize, hadiah yang disediakan berupa hamper Shurah dan sebuah iPod Shuffle. Peluang menonton tayangan perdana percuma dan layanan yang superb dari kalian, sangat-sangat dihargai. Terima kasih banyak pada pihak penganjur. Shurah dan MIG.

9 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

wah banyak betul koleksi ipod wan heheheheh

Wansteddy Tales said...

ipod je la mampu dimenangi kak ayu ^^ huhu

wantzknight said...

cun nye intan..ngeh3

Wansteddy Tales said...

tgk beb adnan sempit 2. serius beshhh haha

Cute Mum said...

mesti bestkan..
nak pergi tengoklah citer nie..
tahniah menang GP..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dah besar damia.. lebih kot dari sekampit beras hehe

Mama Zharfan said...

congrats!!! beshnya menang ipod tu :)

gewecun said...

banyaknye hadiah menang..tahniah2:-)

bila baca blog wan..lagi la semangat nak join more contest..hihihi:-)

Ummi Dania Yasmine said...

Tahniah Wan :-)