Nuffnang

Followers

Monday, March 12, 2012

Won DIAMOND Contest!

Alhamdulillah... menang hadiah produk Cornell sempena sertai Diamond Contest  anjuran Teiksenn. Wan menang weekly winner prize yang diperuntukkan untuk 36 pemenang. Syukur lekat hadiah berupa Food Processor Cornell bernilai RM250!

Bahagian dalam kotak. Belum belek habis lagi hehe... Untuk sertai contest ini, kita kena beli mana-mana produk Diamond. Ada yang jenis kertas foil, plastik bungkusan dan pelbagai lagi.  Wan beli plastik pembungkus makanan je. Ada borang disediakan. Tapi Wan gunakan khidmat sms sahaja memandangkan sertai contest ni pada minggu-minggu akhir. Wan takde idea. Jujurnya Wan memang tak yakin langsung dengan contest ni. Sebab kelemahan Wan dalam reka cipta slogan. Terasa kerdil nak bersaing dengan pro comper yang dah biasa bermain dengan kata-kata untuk peraduan. Sebab itulah bila diumumkan sebagai salah seorang pemenang rasa tak percaya sangat. Yang penting, bersyukur sangat, alhamdulillah...  

Senarai pemenang untuk Diamond Contest. Boleh layari laman web Teiksenn untuk paparan lebih jelas. Semua senarai pemenang tertera di sana :)





5 comments:

Mama Zharfan said...

congrats wan!!!!!!!

Wan_hazel said...

taniah kak...

gewecun said...

wan..tahniah2..:-)

Unknown said...

alhamdulillah dah rezeki x kemana kan.. tahniah..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

okla tue..lekat jugak hadiah!!