Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, March 2, 2012

Won Papermate Back to school in style contest

Alhamdulillah terima surat menang Papermate Back to school in style contest. Sebenarnya Wan tak target menang apa-apa pun sebab hantar betul-betul saat akhir. Adalah dalam dua tiga hari lagi nak tutup. Gigihlah isi borang juga. Alang-alang dah ada resit tu kan, join je. Pejam mata, hantar. Memang dah kata daklam hati. "Tak dapatnyer ni..." Tak sangka sangkut juga hadiah mingguan berupa tiket wayang GSC.Terima kasih Papermate!

Papermate Back to school in style contest ni bermula dari 15 oktober 2011 hingga 15 januari 2012. Kan lama tu... Tapi sebabkan masa tu musim cuti sekolah, memang Wan tak target pun nak join tau. Al maklum tentu parent lain lebih gigih lagi nak join contest ni kan. Alang-alang belikan barang keperluan sekolah anak tu, boleh join contest sekali. Syukur lekat hadiah menarik ni. Wan memang dah kehabisan tiket wayang. Last movie tengok filem Adnan Sempit 2 secara percuma sebab menang contest  anjuran Shurah dulu. Dan baru ni terima 2 lagi pas masuk percuma untuk tayangan perdana John Carter anjuran Tupai.com. Owh, belum muatkan cerita tu dalam blog. Esok-esok ler... hehe...

Hari ni hari yang sangat sibuk dari pagi bawa ke petang. Wan takde mood nak berceloteh dalam blog. Walhal semalam dah janji nak story mori kisah kotak misteri semalam tu kan. Er... esok-esoklah yeh. Ada masa Wan story kisahnya. Senyum tak lekang lagi ni. Terima kasih P&G. Pengalaman paling bermakna buat tahun ni :)

2 comments:

Mama Zharfan said...

congrats!! so kotak cun semlm tu dari p&g yer :) syoknya

gewecun said...

Tahniah2..leh tengok movie free :-)