Nuffnang

Wednesday, April 4, 2012

Won 128 Faubourg Salon by Sothys worth RM260!

Alhamdulillah... pertama kali menang voucher spa. Kemenangan ni dari contest Majalah Her World - Sothys. Bakal terima Rhubarb Berry  Velvety treatment bernilai RM260. Terima kasih pada Blu Inc. Sebenarnya dah lama terima surat ni. Tapi baru ni nak masukkan dalam blog.

Hurm... Dah lama tak update apa-apa kan. Hehe... Mak dah pesan, kurangkan menulis benda menang-menang ni. Bukan ape... kalau orang baca buat menyampah dan timbul hasad, lebih baik jangan tulis apa-apa. Kadang-kadang diri sendiri pun bimbang, niat nak sekadar berkongsi tu tersasar ke niat nak menunjuk dan timbul riak pula. Nauzubillah... 

Walaupun kita kuat berpegang pada prinsip. Yakin diri menulis hanyalah untuk titipkan kenangan dengan berblog, namun jauh di sudut hati tu terbit rasa bimbang juga. Itulah pengakuan jujur dari hati ni. Memanglah menulis ni sebab sekadar nak simpan kenangan. Manalah tahu esok-esok kurang aktif dah bercontest, inilah kenangan yang boleh diabadikan. Inilah kenangan dan bukti kita pernah menang sesuatu. Walaupun kecil, ada manisnya. Kemenangan besar pula disusuli dengan dugaannya. Apa pun sebagai manusia yang berfikiran normal, wujudkan sikap waspada dalam setiap tindak tanduk kita. 

Mudah-mudahan kita dihindari dari niat nak menunjuk, riak, takbur dan beriri hati. Yakinlah rezeki itu Tuhan yang tentukan. Kalau sebanyak itu Dia nak bagi, Dia bagilah. Dan wajib kita tuturkan "Alhamdulillah..."

3 comments:

Mama Zharfan said...

congrats!
my mom pun tak bagi i tulis kat blog apa2 yg i menang..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wan,

hasad dengki org takkan berenti..kita tak menang pun org dengki.kita mennag pun org dengki. kalau kita bukan kaki comper org dengki kita bahagia dgn family, ada je cara org yg hatinya "tak bersih" nie akan dengki dgn kebahagian org lain.. sabar ye..

gewecun said...

wan,

tahniah ya..nway nie pandangan gewe..jangan amik kisah sangat la ngan pandangan orang lain..yang penting niat kita..dan insyAllah kalau niat kita baik..semua akan baik...btw since dok follow blog wan la ,gewe lagi berminat nak join more contest.hihihi u r my idol...wah gitu..hihihi