Nuffnang

Wednesday, May 23, 2012

Won Grand Prize Get Clean Skin Contest Clinelle!

Alhamdulillah... selesai sudah majlis penyampaian hadiah  Get Clean Skin Contest anjuran Clinelle yang berlangsung pada ahad lepas (20 Mei 2012). Majlis penyampaian hadiah ni untuk menyerahkan hadiah berupa iPad2 kepada 5 pemenang grand prize. Syukur alhamdulillah... selamat terima hadiah yang dijanjikan. Suka sangat! Ini  iPad2 kedua dimenangi sepanjang aktif menyertai contest ni. 

Elok sampai, majlis terus bermula. Sebabnya Wan kira pemenang terakhir yang sampai. Tengah cari-cari pentas Clinelle, dapat sms dari Kak Suzi. Waaaa... pertama kali berjumpa dengan Kak Suzi. Sebelum ni rajin bertegur sapa dalam facebook, blog dan sms je. Tapi bila jumpa rasa cam dah familiar sangat. Lepak je terus rasa cam dah kenal lama hehehe... Belum sempat berborak panjang dengan Kak Suzi, nama suaminya dah dipanggil naik ke pentas ambil hadiah. Kelam kabut keluarkan kamera ambil gambar. Wan amik dari jauh je sebab Damia quit moody, tak cukup tidur haritu.

Kak Suzi aka Mama Zharfan. Ini iPad2 yang ke5 kalau tak silap yang beliau menangi sepanjang aktif join contest bermula 2011-2012. Memang wajar dijadikan sumber inspirasi bab2 contest ni. Sejak balik dari luar negara segala macam jenis contest kak Suzi join dan menang. Kak Suzi ni kira salah seorang mentor Wan bab contest. Penggalak utama ketika mula-mula Wan nak aktif bercontest sejak 2010 lepas. Berkawan dengan kak Suzi dapat bonus kenali geng-geng comper lain yang serba teror dalam cabang contest yang lain. Dan dari kenal mengenal begini barulah tahu kemahiran dan skill memasing. Ada yang teror bab slogan, esei, signature, drawing dan lucky draw contest.

Tanpa si hensom ni tiadalah blog Miles of Smile sebab nama pena mamanya  Mama Zharfan. ehehe... Agak pemalu orangnya. Nak-nak yang adik, kita tegur dia cepat-cepat lari kat mak. ekeke... Suka tengok senyuman anak-anak kak Suzi. Naik sampai ke mata aura cerianya :)

Senarai nama pemenang grand prize Get Clean Skin Contest. Syukur alhamdulillah... rezeki yang baik untuk tahun 2012. Mudah-mudahan dilimpahkan dengan lebih banyak rezeki lagi dalam masa terdekat dan dilanjutkan sepanjang masa. Amin... 

Terima kasih kepada penganjur yang mesra, Clinelle! Produk yang sangat bagus dan berkesan. Dengan menaja contest begini pasti boleh membuatkan pengguna setia sentiasa dengan produk Clinelle. Semoga produk ini terus laris di pasaran!

12 comments:

Em's Family said...

congrats wan.. berbaloi2 join contest kan

Mama Zharfan said...

congrats wan!! nice meeting with u :) wan putih comel mcm cina heheh

Wansteddy Tales said...

Em's Family ~ alhamdulillah... wan doakan kita2 murah2 rezeki selalu, amin... :D

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ nasip baik kak suzi xmention gemuks. wan totally dah chubby skrg. tension >< rasa xpuas nk borak lama dgn kak suzi, harap2 ada jodoh leh jumpa lagi :)

intanloveamir said...

tahniah wansteddy!!! selalu murah rezeki ;)))

Ummi Rayyan & Rayees said...

Tahniah Wan,

Wan n mama zharfan is one of my contest inspiration..sgt teruja bila tgk blog u n mz asik menang jer..best betullah..ader tips tak bole share...

rgds,
Su

Ummi Rayyan & Rayees said...

Tahniah Wan,

Best tul tgk Wan n MZ selalu bergilir2 menang..ader jugak yg menang secara berjemaah..bole share tips kemenangan..hihi

Rgds,
Su

gewecun said...

tahniah wan...uwaaa nak menang ipad jugak..hihihi:-)

yantz-yeem said...

best2x!!!bila la mood nak join contest aku mai ni....hwaaaa....dah lama bertapa x kuar2 skill pun lemau ...( eh mmg aku xde skill langsung wakakaka )

eifa said...

tahniah wan, menang GP memang sgt best!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

pestime tgok wanbuat entry dulu .. haha.. mz lum buat lagi rasanya ke ila yg tlepas..

Nur-nba said...

Tahniah ye.. Suka melihat anda berdua.. Byk persamaan dan selalu bertuah.