Nuffnang

Sunday, July 22, 2012

Hari pertama berpuasa: berbuka di Man Sabata, Kampung Baru.

Semalam kami bergerak ke Kuala Lumpur sekitar jam 5 petang dari Putrajaya. Takde tempat lain yang rasanya lebih sesuai dituju melainkan Kampung Baru. Singgah dulu di Man Sabata Seafood, tempah meja untuk 5 orang. Rancang ajak adik-adik berbuka sama. Mujurlah ada keluarga terdekat sekitar Kuala Lumpur. Boleh lagi rasa berbuka dalam suasana keluarga. Kalau dapat balik ke kampung bersama mak abah lebih afdal. Tapi takde rezeki nak balik minggu ni. Insya'allah... minggu depan kalau takde aral nak pulang ke kampung tebus tak dapat balik minggu ni :)

Sampai di Kampung Baru dalam jam 6.30 petang. Masa masih panjang nak tunggu saja di kedai makan tu. So kami bergerak ke bazar Ramadhan Kampung Baru. Dalam perjalanan nampak belon warna merah dilepaskan di udara. Rupa-rupanya ada majlis perasmian pembukaan bazar di Kampung Baru. Damia yang paling happy. Ceria je tengok belon yang banyak tu. 

Budak tak puasa offer mommynya twisties! Sabar jelah... Kitorang beli lauk sahur di Ayamas Kampung Baru.  Beli nasi untuk Damia sama sebab semalam, dia pun ikut berpuasa separuh hari tak makan apa-apa. Cuma waktu petangnya saja aku sempat masak nuget ayam. Tu pun Damia tak lalu makan. Orang Malaysia ni mesti nak dapat nasi jugak, baru puas makan hehe...

Dalam pukul 7.10 petang kami terus ke Man Sabata. Sambil tunggu Acik dan Aciknya sampai, Damia layan game dalam iPhone dulu. 1st time benarkan Damia minum laicheekang. Boleh pula cik adik ni minum, sangkakan alergik ke apa sebab ada bahan yang boleh buatkan Damia alergik. Nak jadi rezeki Damia agaknya, minum banyak pun tak jadi apa-apa. Cuma alergik tu berpunca sebab makan twisties. 

Acu Elly dan Ekin. Yang pertama sampai dulu. Acik Arin, tiada dalam gambar, lupa nak amik pulak. Lambat sampai sebab jalan banyak tutup. Dalam 5 minit lepas berbuka, baru sampai. Mujurlah tak terlalu lambat.

Kerabu mangga marvelos yang sangat menyelerakan!

Hidangan utama siakap masak 3 rasa yang marvelos! Kalau jengah Man Sabata, orderlah siakap 3 rasa ni memang sedap! Sayur kailan, tomyam campur, telur dadar dan kerabu mangga. Hidangan yang lebih dari cukup untuk 6 orang. Alhamdulillah...

Enjoy makan di Man Sabata Seafood, Kampung Baru. Kalau nak tahu, dah lama Wan jadi pelanggan tetap kedai makan ni. Sebelum kawin lagi memang di sinilah tempat makan fav! Sampai anak dah umur 4 tahun, kalau ada family gathering, mesti singgah dan menjamu selera kat sini. Harga pun sangat berpatutan, hidangan pun tak pernah mengecewakan. Layanan pun terus kekal mesra macam dulu jugak :D

Man Sabata Seafood terletak di Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad, Kampung Baru. Dekat dah dengan Jalan Hamzah tu. Selamat menjamu bagi yang nak mencuba masakan ala Kelantan yang sedap!

3 comments:

Merlyn Hasshim said...

alamak.. blog wan dah jadik blog makan-makan lak.. tak boleh singgah waktu siang hari ni.. hehehehehhe

yantz-yeem said...

bukan dari ko bujang ke kedai ni?hidup lagi kedai makan ni eks..dolu kalo citer je ko n ateq mesti citer pasai kedai ni...aku nak try dulu tapi kedai ni katup...salu kalo nak pi xde rezeki...nnti next time nak try gaks..weh

AyuArjuna BiGoshh said...

tak pernah lagi makan kat sini...nak terjah nanti ehehehe