Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, July 18, 2012

Kreativiti & imaginasi Aliya Damia

2 minggu lepas bawa Damia bermain di taman kat bawah apartment 5R6. Saja bawa berhibur. Al maklum baru balik dari tadika. Mood macam-macam. Tapi dah jumpa taman.. terus mood happy semula. Segenap ceruk permainan Damia teroka. Puaslah bermain haritu walaupun layan sorang-sorang. Ada sorang kakak dan adik ikut main sama waktu tu. Tapi Damia malu-malu pula. Belum kamceng lagi. Takde geng lagi nak ajak bermain. Nasip baiklah ada anak patung Ironman milik aciknya. Bolehlah jadi kawan bermain.

Apa komen korang tengok gambar ni? Apa jalan citer yang Damia mainkan? Sure korang ingat Ironman ni dah matikan. Salah salah salah... Damia tutup dengan daun sebab nak sorok dari kena curik dari budak lain! Memula aku pun tak terfikir, tengok telatah dia dok cabut daun dan susun-susun atas Ironman milik acik Arin dia. Sangkakan dia nak 'kebumikan' Ironman. Bila ditanya Damia jawap... "Nak sorok..." Selamba je dia jawab ok. Haih... Kalau mengenangkan imaginasi anak-anak ni, memanglah.... Tak terjangkakan :)

No comments: