Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Sunday, July 15, 2012

Petua atasi masalah LIPAS

Kat rumah ni banyak betul lipas. Tak tahulah dari mana datangnya. Selain lipas, semut api dan semut hitam ligan bekeliaran. Nak-nak kalau jumpa habuan lebihan makanan kat mana-mana ceruk. Akan datanglah gerombolan serangga ni ikut menghuni rumah. Sabar jelah. 

Yang tak logik tu, dalam air masak bubuh dalam jug pun dorang masuk! Aih... Bukan semut ni spesis berpantang air ke... Boleh mati. Ni tidak, banyaklah bangkai semut dalam jug air masak. Sebab tulah kena ada mangkuk berair. Kalau letak je jug berisi air atas meja takde mangkuk berair tu, tak payah tunggu lama, sejam je datanglah geng semut merah atau semut hitam tu. huhu...

Dalam laci pula, mestilah ada je lipas kat sana sini. Mak bapak lipas dengan sanak sedara dan anak beranak mereka. Yang mengarut tu, kat bekas bawang pun beria nak lepak. Haih... Geram tak terkata dah. Bubuh racun lipas pun tak jalan. Tau pulak tu mengelak racun! Kadang-kadang masa menghalau lipas tu boleh tengok hala tuju lipas tu. Beria dorang lari lintang pukang mengelak penyapu aku dan racun yang ada kat susur jalan yang sepatutnya jadi tempat laluan dorang tu. Memang bijak-bijak belaka serangga dalam rumah ni. Bijak carik pasal!

Al kisahnya mengoogle harini, jumpalah petua atasi lipas. Nak copypaste ayat-ayatnya tak bolehlah pulak. Tuan empunya blog dah lock entry semua. So gigihlah hakak kau menaip semula. Manalah tau, kot ada pembaca blog ni alami kes yang lebih kurang sama dengan hakak kan. Alang-alang dapat ilmu baru ni, tak salah nak sharing bersama petua nenek moyang. Kalau tak mujarab jangan marahkan aku. Aku menurut saja, belum praktikkan lagi pun. Benda alah semua yang dinyatakan dalam petua tu takde dalam simpanan kat dapur huhu...

Antara petua nak mengelak lipas:

1) Potong hujung timun sama ada kat kaki atau bahagian kepala. Bubuh kat tempat penternakan  lipas. Dorang boleh mati. Secara rasionalnya belum pasti lagi. Lepas ni gigih nak cari info pulaklah kenapa lipas anti dengan kepala/kaki timun hehe...

2) Boleh guna buah pelaga, ganti timun.

3) Kalau lipas terlalu banyak, guna drastik mode punya petua. Rebus ubi kentang dan lecekkan sampai lumat. Campur bersama kentang dilecek tu dengan serbuk penaik dan gaul sebati. Uli dan gentel jadikan macam begedel, pastu umpan kat tempat lipas selalu lepak tu. Setel. 

Selamat mencuba bagi yang berminat. Dan kepada diri sendiri juga. Misi minggu ni cari beberapa stok dapur yang berkaitan dengan petua di atas kekeke... Semoga berjaya!

6 comments:

Gnie Syazni said...

thanks bagi petua ni..rumah sy pun byk lipas, semut pun memang spesis semut masuk dalam air masak..semut sekarang dah tak takut air kot..hehe..

azelyusoff said...

waa.. baguslah petua wan. boleh try ni. semut masuk dalam air masak memang sangat annoying. kalau masuk dalam air manis boleh terima lagi.

lipas pon ade jugak kat rumah. tapi biasa kalau dia lalu buat tak tahu jer. malas nak mengejar. :)

Wansteddy Tales said...

Gnie Syazni ~ pelikkan, kenapalah dlm air masak pn semut suka kerumun huhu

Wansteddy Tales said...

azelyusoff~ wan pn copy dr internet je haha... ubah sket2 ayat kandungan petua tu bg faham. yg wan amik tu rasanya page dr indonesia. tp bagus jugak kalau nk dicuba, kan ;)

bmnsolution said...

Boleh cuba cara yang kawan saya berikan. Harap dapat membantu. Boleh cuba guna Produk Perangkap Lipas (Cockroach Adhesive) dari Jepun. Murah, Berkesan dan DIY. Letak saja Lipas akan terperangkap. Boleh tengok produk ni di http://www.tenringgitshop.com.

Wansteddy Tales said...

bmnsolution terima kasih banyak sharing info. saya dah jengah blog kawan tu, mmg menarik. nak2 deko kotak tu comel2 belaka ^^