Nuffnang

Followers

Thursday, July 19, 2012

Won 2nd Prize Peraduan Wall's Selection Madagascar 3

Alhamdulillah... Wan menang hadiah sempena join contest Wall's Selection Madagascar promo. Menang tempat kedua dengan hadiahnya berupa patung plush toy pinguin watak dalam filem Madagascar dan 2 pas wayang GSC. Syukur alhamdulillah...


Surat yang diterima. Sejujurnya Wan dah putus harap nak menang contest ni. Wan letak 2 nama. Satu nama sendiri, satu lagi nama hubby. Siap kena isi slogan dan kira jumlah aiskrim dalam borang. Kelakarnya masa isi form Wan dengan confident tulis 37, sedangkan jawapannya 73. Terbaliklah pula. Kan nombor tiga dan tujuh tu bermula dengan huruf T. Nak jadi rezeki, mungkin borang atas nama hubby ni Wan isi betul. Dapat kat nama dia huhuhu... Alhamdulillah...

 
Wan dapat karektor Skipper, ketua combat pinguin dalam filem animasi bersiri Madagascar. Jangan pandang enteng dengan muka chubby cute-cute ni. Dalam kepala dia ni penuh dengan taktik-taktik licik heheh... Terima kasih kepada penganjur Unilever dan Wall's Selection. Hari pertama Skipper masuk rumah, selamat dimandikan dek Damia. Ini hasil gambar selepas mandi dan kering ya. hahah...

No comments: