Hari ahad lepas-lepas kalau tak salah, aku ada terbaca komen pembaca pasal Drama Tanah Kubur. Aku memang suka siri drama tu. Drama ni sarat dengan pengajaran dan nasihat. Semua yang dipaparkan adalah kisah yang benar-benar terjadi dalam masyarakat kita. Cuma ada segelintir dari kita yang masih tertutup pintu hati nak terima kenyataan tersebut. Wallahualam...
Aku faham ada yang tak suka sebab Tanah Kubur ni asyik cerita pasal sikap negatif si mayat je. Mungkin akan datang punya musim, Tanah Kubur boleh tambah cerita pasal amalan-amalan baik si mayat yang membawa kesan baik saat dikebumikan. Ada kisahnya yang mungkin kalangan kita pernah dengar, mayat yang sangat cantik, wangi, berseri saat ingin dikafankan. Bahkan berat badan yang seringan kapas tatkala ingin disemadikan sedangkan tubuhnya bersusuk besar. Semua itu adalah antara kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dan menginsafkan kita secara tidak langsung.

Cuma ada ketikanya tak berapa nak gemar bila ada selingan kisah feeling meeling Tok Adi dengan jirannya, tak ingat pula nama wataknya. Selebihnya aku rasa takde masalah. Nak-nak lagi jalan cerita, flashback kisah si mayat. Adakah dia baik atau jahat semasa hidupnya. Bagaimana amalan dan sikapnya. Semua tu diceritakan secara imbas semula.
Apa yang aku tak setuju dengan artikel pembaca tu. Ayatnya lebih kurang tak suka dengan jalan cerita yang seolah-olah mengaibkan mayat. Rasa kurang percaya dengan kejadian yang dialami mayat tu. Dan sikap Tok Adi yang terlalu tabah lalui dugaan semasa menguruskan mayat. Hatta bau busuk pun tak kisah.
Kalau kita fahami jalan cerita ni. Watak Tok Adi tu ternyata orang yang dibuka hijabnya. Mampu mendengar dan melihat roh bila waktunya. Pandangan akulah... dek kerana menghormati mayat dan keluarga, Tok Adi berusaha sebaik mungkin tidak menampakkan kejengkelannya pada keadaan mayat walaupun terpaksa hadapi situasi mayat berulat, busuk, berubah bentuk, hangus dan sebagainya. Seperkara yang aku tahu, orang yang menguruskan jenazah ni bukan sebarangan. Mereka ada doa pendinding agar tak terkena badi mayat. Itu apa yang emak aku ceritakan, sementelah memang mak pun antara pengurus mayat kaum wanita di Gerik.

Jika ada yang tidak suka dan tak percaya dengan jalan cerita. Silalah buka mata seluas-luasnya. Atau paling tidak pun, bukalah hati nurani. Dunia sekarang, tak perlu tunggu akhirat, dunia lagi dah terima balasan cash. Apatah lagi bila dah mati. Jenazah berubah bentuk, keadaan yang daif tatkala dikafankan, bukan satu perkara baru. Bahkan dah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. Kejadian ini berlaku untuk memberikan keinsafan kepada manusia-manusia yang masih hidup. Bila kita tengok kejadian malang menimpa mayat, sekurang-kurangnya terbit rasa insaf dalam hati kita. Harus berfikir sedalam-dalamnya. Mungkin tidak banyak, sedikit... ada tersentuh jua di hati kita. Bila ditunjukkan pengajaran, cubalah berubah.
Syabas kepada seluruh produksi yang masih bertahan menerbitkan drama Tanah Kubur hingga musim ke-4. Aku harap drama ini diteruskan hingga musim-musim baru dengan pelbagai kisah yang lebih menarik.
ps: Sudah jelak sebenarnya tengok drama melayu yang asyik disogokkan dengan kisah hantu, gangters, gedix dan macam-macam lagi.
ps: Sudah jelak sebenarnya tengok drama melayu yang asyik disogokkan dengan kisah hantu, gangters, gedix dan macam-macam lagi.
2 comments:
Suka jugak tengok siri ni... ambik iktibar...
ya betul kata wan..cerita ni sarat dengan pengajaran..kenapa perlu pertikai jalan cerita..itu sekadar teladan untk kita semua yg berada di muka bumi ni..
Post a Comment