Nuffnang

Followers

Saturday, August 4, 2012

Won weekly winner Sampaikan Salam anjuran facebook Sony Malaysia!

Harini Wan rancang nak isi masa lukis-lukis untuk contest facebook Sony sempena kempen raya. Wan dah pernah lukis sekali awal minggu contest ni bermula. Lepas tu plan nak cuba lagi, asyik lupa. Harini bila klik icon contest tu terus terpampang nama sendiri sebagai pemenang mingguan. Speechless daku. Lepas seminit baru kepala boleh proses. Eh? nama aku menang! Tak pasti bila penganjur dah mula naikkan nama pemenang ni. Biasanya kalau ada menang mana-mana contest, rajin kawan-kawan FB tolong tag Wan atau maklumkan. Tapi agaknya ramai yang belum join lagi contest ni.
Syukur alhamdulillah... Wan menang hadiah minggu pertama contest Sampaikan Salam anjuran facebook Sony Malaysia. Rezeki yang tak disangka sebenarnya. Wan lukis waktu malam, sambil lewa je sebab takde idea sangat nak lukis-lukis. Lagipun kena guna tool paint dalam aplikasi facebook tu. Percubaan pertama, dah siap lukis gambar ketupat, artwork hilang sebab komputer hang. Masuk yang nombor dua mood bengang lukis je cincai-cincai. Asal join, Wan pikir... Tak sangka lukisan dalam moody mood  tu pula berjaya menambat hati penganjur. alhamdulillah... 
Jom join kawan-kawan. Hadiahnya sangat lumayan. Bagi contest lukis kad raya tanpa warranty dapat cash RM300. Wan dapat yang ni. Bagi peserta video dapat RM600. Lumayan cash bagi yang join dengan warranty card produk Sony dalam tempoh contest ni berlangsung. Lukisan dapat cash rm1K manakala yang hantar video dapat 2K. Sangat berbaloi-baloikan. 

3 comments:

Mama Zharfan said...

beshnya menang cash tu. congrats!

Wan Amira said...

bab2 ni kene bagi Wan je. mira tak pandai.. anyway Wan, mira ade buat contest untuk logo - kene join FB Komuniti Ibu Mengandung untuk tahu details.. kalau interested boleh join yer.. Thanks

gewecun said...

wan..wah menang cash tu..gewe suka kalau menang cash..boleh la buat top up untuk belanja bulan2,,hihih:-)..

nway tahniah:-)