Semalam Jabatan Penerangan anjurkan Jamuan Raya 2012 di Bangunan KPKK. Secara tak langsung semua staff terlibat sama dalam majlis ni. Aku ni kiranya bidan terjun kena ikut membantu menghias meja dan menghadap kerja-kerja di dapur. Potong lemang, buah dan kuih sagu untuk punch yang sedap tu.
Tengoklah aksi kitorang kat 'dapur BKVS'. Kalau pasal bergambar, takde masalah. Sanggup berhenti kerja jap nak posing dulu, hahaa...
Tak pastilah apa nak panggil minuman ni. Tapi memang yummeh! Aku minum semangkuk rasa nak lagi. Hasil kerja tangan anak teruna En.Fuzi. Boleh tahan sedapnya :)
Hiasan di pintu masuk jamuan. Sebenarnya rekaan ni dibuat oleh hubby untuk program Merdeka Raya di Bukit Jalil sempena Sambutan Kemerdekaan lepas. Recycle untuk hiasan di Jalan Conlay untuk jamuan raya Penerangan dan bersambung pula di KPKK pada petang harinya. Projek pasang siap.
Gambar teaser yang dimuat naik semalam kat facebook aku. Malas nak online semalam. So cerita jamuan raya ni barulah terhegeh-hegeh nak karang harini. Dolly ni pun ikut jadi presenter untuk 3 majlis. Di Bukit Jalil, di Jalan Conlay dan di KPKK. 3 menu dah silih berganti. Dari nasi arab ke nasi beriani ke lemang. Kalau kondisi masih ok, bolehlah digunapakai lagi dan lagi untuk majlis-majlis berikutnya :)
Muka kebulur. Serius. Aku cuma sempat ratah kuah rendang je kat bawah waktu potong lemang. Perut tak dapat nak terima makan pulut pagi-pagi. Kendian minum kopi bancuh sendiri. Sangkakan majlis bermula jam 11.30 pagi tepat. sekali dalam 12 lebih jugaklah baru acara bermula. Itupun masih perlu menahan lapar coz ada acara doa selamat, bacaan yassin dan penyampaian sumbangan kepada staff pula.
Memang agak crowded sebab dibuat di 1 bahagian. Gerai makanan pula mengelilingi bangunan. Kat situlah nak makan, kat situlah nak ceduk makanan. Sudahnya jalan agak sesak. Nasip baiklah ada staff yang ok, boleh je share masuk dalam bilik kerja dorang. Senanglah hati nak jamu selera secara private sikit.
Wan H bersama Wan Z. Kalau ada yang memanggil nama kami waktu bersama memang bikin confuse. So Nama tengah tu la yang dapat bezakan kami.
Ketua Pengarah kami sempat singgah dapatkan juadah lemang dan rendang :)
Tumpang makan kat bilik orang. Dari berdiri, kepada bersimpuh. Selambaland je haha...
Ikutkan banyak lagi gambar nak share tapi banyak kerja pula nak edit. So cukuplah takat yang ini-ini saja. Gambar raya keluarga pun belum buka tengok lagi. Plan nak letak dalam blog, asyik bertangguh je. Nantilah bila free :)
3 comments:
yang hijau kuning berkuah tu minuman ek? desert? hmmm mmg nampak sedap.. sagu ke tu? wahhh cam teringin ler plak.. hihihi
byk limau dirembat smlm so esk nak bikin itu dessert yg sgt2 sedap!!!nxt yr order kat aku je dessert hahahaha
meriahnya org gov beraya.. :)
Post a Comment