Nuffnang

Wednesday, September 19, 2012

Kesian Damia...

Hujan di pagi hari.  
Petanda rahmat dari Tuhan. 

Risaukan kaki Damia yang bengkak. Semalam tak perasan, tapi masa nak ke pasar malam semalam. Aku suruh Damia jalan kaki. Dia demand nak berdukung macam selalu dengan ayahnya. Aku kata, baby kecik pun jalan kaki. Mek Damia tunjuk kaki "Sakit kaki la mummy..." Masa tu aku tak nampak lagi kesan bonggol ke bengkak ke kat kaki dia. Aku sangka dia saja nak buat alasan.

Balik ke rumah, aku makan ubat selsema. Puncanya sebab kaki dan tangan aku naik biji-biji merah macam ruam tu. Alahan makan kerang. Beria la hakak kau buat kerang masak merah. Gamaknya limit untuk orang yang ada alergik macam aku ni paling banyak boleh bedal seafood dalam sepiring je. Lebih dari tu standby la kena alergik. Adudu.... Musykilnya cuma tangan dan kaki je kena. Mujurlah tak sampai ke muka. Elok saja makan ubat selsema tu kepala aku dah pening. Tak pernah-pernah aku mengantuk makan ubat selsema sebelum ni. Tapi ubat semalam tu memang kuat betul. Jam 10 lebih aku dah tak dapat nak cegilkan mata dah, terus zzzZZZzzzz... Cuma sekali sekala bila pagi buta terjaga bila Damia terbangun dan bergaru. Masa tu masih tak perasankan kakinya. Sebab pandangan aku pun nampak orang dua layer. Petanda pening.

Pagi tadi masa nak mandikan Damia, aku perasan Mia dah tak dapat nak berdiri tegak. Sebelah kaki berjingkit. Aku betulkan kedudukannya, Mia marah. Menangis sebab sakit. Sah, kakinya ada problem. Aku pikir masa tu takde lain, bengkak la tu. Lepas bersiap, masa nak bawa turun ke kereta tadi. Sempat aku belek-belek dulu kakinya. Rancang nak taruk minyak sapu saja. Sekali.... bengkak macam biji guli kat kaki kanan Damia :(

Mujurlah belum bengkak biru lagi. Sebab tu la aku tak perasan semalam... Apa pun kiranya aku dah terlambat nak tau pasal kaki bengkaknya. Aku pasang lapisan Koolfever dewasa di kaki Damia. Kurang-kurang dapat jadi pengganti ais. Sebab tak sempat nak tuamkan tadi. Sebelum ni pernah tuam kaki Damia yang bengkak dengan Koolfever. Nampak jugak surutnya. Tawakal jelah... mudah-mudahan kaki Damia okey. Sempat berpesan kat hubby tadi. Bila hantar Damia, pesan kat nanny atau cikgu dia. Perhatikan Damia sama. Mungkin Mia yang melasak, atau mungkin ada budak lain yang sakat dia. Yelah, budak-budak kan... Takkan kita nak marah. Tegur tu bolehlah... Jangan main kasar-kasar. Tolak menolak, pukul memukul kalau berebutkan sesuatu... Pernah jugalah Damia mengadu bila balik rumah... "Kakak pukul.." atau "adik gigit"

Huhu... Nak buat macam mana, pengasuh terpaksa jaga ramai budak. Tak terlarat der nak perhatikan anak kita sorang je. Penat. Tentunya penat. Yang termampu tengok gitu-gitu je. Dan kita sebagai ibu bapa kenalah selalu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan zuriat kita. Mudah-mudahan terhindar dari segala musibah. Amin...

Rancang nak amik Damia balik awallah harini. 
Tengoklah pada tahap ke'bizi'an kejap lagi.

5 comments:

Mama Zharfan said...

cian damia ..:(

CaDLyNN said...

siannye damia..

gewecun said...

alolo cianyee damia comel..nway semoga kaki cepat sembuh ya..

MayaYunus said...

siannya damia ;(

AyuArjuna BiGoshh said...

ya allah cuba bw review kat dr...siap biru lagi...takut bahaya jer..shian damia