Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, September 14, 2012

Sampaikan kasih~ The Duchess Kate Middleton & mendiang Princess Diana :)

Suatu ketika dulu aku suka tengok mendiang Princess Diana dengan sifat keibuannya. Paling suka sikapnya yang nampak cool dan sering sertai lawatan kemanusiaan. Harini nampak ciri yang sama pada menantunya Kate Middleton. Seperti mendiang Princess D, Kate pun bukanlah berasal dari keluarga Diraja. Jadi kita jadi teruja nak ikuti kisang dongeng rakyat biasa kawin dengan putera raja ni. 

Walaupun masih kecik. Tapi aku berminat nak baca kisah-kisah Princess D dan anak-anaknya. Prince William tu sebaya je dengan aku. Lahir tahun 1982. Dari dia kanak-kanak sampai dah berkahwin, boleh tengok perjalanan hidup dia. Dapat pula wifey yang ada ciri yang sama dengan emaknya. Dorang datang sekejap je kat Malaysia ni. Tapi tengok wjaah dorang yang sentiasa senyum tu, memang salute betul. Tah bila masanya dorang amik masa rehat agaknya. Penat giler kena melayan orang dengan senyuman walaupun sebenarnya orang lain yang melayan dorang :)

Hari ini 14 september 2012. The Duchess of Cambridge Kate Middleton bersama Prince William membuat  lawatan di Masjid Assyakirin, Kuala Lumpur. Sumber dari facebook Ntv7 The Breakfast Show :)