Nuffnang

Wednesday, October 10, 2012

Shah Alam Wet World Waterparks

Kenangan bermandi manda di Wet World Waterparks, Shah Alam.

Beshnya tengok Damia layan... mandi manda penuh perasaan. Kat kolam ni tinggal Damia sorang je, orang lain semua dah pakat sedia nak balik. Staf dah beransur pesan pengunjung tinggalkan kolam-kolam. Tapi Damia ajak mommy dan ayah lepak kat kolam kanak-kanak ni. Tengok tu aksinya. Very selambaland.... Kalau nak ambil gambar menarik Damia, aksinya kena spontan. Tak boleh diarah-arahkan sangat. Silap bagi arahan, terus moody. Menariknya kalau buat aksi spontan memang kelakar. Tak boleh tidak, rasa nak share juga aksi Damia yang ini ^^

Tapi yang tak beshnya, akhir-akhir waktu mandi manda tu Damia terexciden pula dengan adik kecik ni. Silapnya dua-dua nak naik gelongsor ni tak nak guna tangga. Aku cakap kat Mia, "Jangan panjat, guna tangga. Takut jatuh..." Dengarkan arahan mommy tu, Damia dah mengundur dah nak ke bawah semula. Tapi adik ni pula laju ke depan. Sudahnya Damia tergelincir jatuh tersembam dengan muka dulu. Adik ni pula tambahkan kesan sakitnya. Jatuh timpa atas Damia. Sian Damia... Melalak kat situ juga sebab sakit. Nak kata apa. Dua-dua budak lagi. Takkan nak marah pula kan. Sabar jelah... 

Apa pun bila tengok aksi-aksi seronok Damia, itulah kepuasan sebenar. Tak kisahlah labur berapa hengget pun janji anak kita gembira :)

4 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum..
anak2 saya pun suka mandi kat wetwater-world s.alam ni, tmpat nya luas.. banyak pilihan.. nak mandi sudut mana2 pun boleh.. banyak tempat khas utk kanak2.. :)

nida husna said...

saya dah pernah pergi tempat ni . best =)

BabyIntan com said...

Waaa sama lah ngan Arissa pon suka main air lah Damia, memang susah nak ajak anak-anak keluar time balik kan Wan especiall,y kalau depa sukeee sgt tpt tu :D

Kat SA, Wet World nie weols belum pergi lagi, insya'Allah one day nak bawak si tecik tu kat sini mandi-manda pula :)

Eliss Mie said...

tak pernah pun mair air kat situ padahal dulu dekat betul dengan rumah.hehehe