Nuffnang

Followers

Tuesday, February 26, 2013

Prize Giving "Because You Like Us" TYT Contest! 2x 1s PRIZE


Alhamdulillah... selesai sudah majlis penyampaian hadiah sempena peraduan "Because You Like Us" anjuran Tyt1957 (Hong Yang Hoo).Majlis diadakan pada hari sabtu lepas 23 februari 2013 di Hotel Cititel, Midvalley. Majlis bermula jam 1 hingga 3 petang. Meskipun ringkas tetap meriah dengan kehadiran 5 pemenang hadiah utama peraduan ini.

Semua gambar berikutnya diambil dari laman facebook TYT. Ruang makan yang selesa. Syukurlah ada lebih kerusi, sebab kami bertiga. Sepatutnya pemenang hanya boleh bawa seorang teman. Tapi mana boleh Damia tak ikutkan. Dan Damia dah macam penyeri majlis pun. Buat ragam sikit sebab mood belum mari. 

Hadiah untuk pemenang tempat pertama dan kedua. Pemenang tempat pertama dapat percutian 3 hari 2 malam ke Bandung, Indonesia dengan nilai RM2000. Syukur alhamdulillah... Pertama kali dapat hadiah percutian ke luar negara ^^ Hadiah tempat kedua menerima percutian ke Genting 3 hari 2 malam dengan nilai RM500. 

Suasana dalam bilik Matahari 4, Hotel Cititel Mid Valley. 

Jamuan belum mula ye, Cik Mia dah buat pinggan mangkuk macam alat mainan dia sendiri. Habis berterabur susunan sudu garpu. Tak sangka pula sempat dorang snap gambar kandid ni ^^

Gambar kandid. Dalam banyak-banyak gambar, shoot yang ni paling Wan suka. Rasa ada value sentimentel pula. Sementelah masa ni tengah pujuk Damia. 

Dalam tempoh 2 jam. Ada 4 hidangan disediakan. Makanan dihidang ikut turutan gambar Wan tunjuk tu. Paling Wan suka dessert ni. Tak tahu special name dia. Yang pasti rasa sedap sangat. Tak sempat nak perhabis makan sebab kena interview dengan staff TYT. Sampai balik terigau-igau nak makan dessert tu lagi haha...

Bersama Mrs. June penganjur dan pemilik produk TYT. Beliau adalah generasi keempat produk yang dah lama dipasarkan ni. Sejak tahun 1957! Nanti Wan akan ceritakan lebih lanjut pasal produk TYT. Kegunaan dan kelebihannya. Untung Wan join event ni, macam-macam ilmu yang dikongsi oleh Mrs. June, staff dan kak Sofy.

Mrs June bergambar bersama pemenang :) Gambar kat atas tu my mak dan abah. Surprise surprise kan! Nak jadi rezeki menang anak beranak. Penganjur pun baru tahu masa event sebab dorang pelik tengok Wan cium mak abah. Bila Wan explain, dorang sangat terkejut dan teruja. Memang tidak disangka. Dorang pun memang memilih slogan pemenang berdasarkan slogan bermakna yang tepat dan kreatif. Syukur sangkut hadiah atas nama sendiri dan mak. Memang Wan cuma sempat hantar 2 entry je. Sempat Wan bagitau kat mak masa pengumuman di laman web TYT tempoh hari. "Mak, orang tak dapat nak sponsor mak guna cash sendiri, alhamdulillah... Tuhan makbulkan hajat Epa nak bawa mak berjalan ke luar negara (walaupun negara jiran je pun)." Kemenangan berganda ni insya'allah akan diraikan bersama-sama :)

Mak sanggup datang dari Perak untuk sertai event ni. Kebetulan abah ada kerja di Kuala Lumpur. Jadi percutian 2in1 jugak ni. Ada kisah jugak macam mana nak join contest ni. Dan memang slogan yang Wan guna untuk form mak tu idea asalnya dari mak sendiri. Mak yang promote produk TYT ni sejak sebelum Wan bersalinkan Damia lagi. Kiranya kami ni pengguna TYT dari generasi ke generasi!

Miss Kavitha sedang interview Wan. Wan pun dah tak ingat apa yang Wan melalut. Memang blur. Memang tak tercapai akal sangat nak menjawab soalan. Tak jangka pun kena interview sebenarnya haha... Tapi beshnya dorang berkongsi tips, pengalaman yang sangat berguna. Sememangnya TYT ni bukan sekadar untuk berurut, macam-macam kegunaan boleh digunakan.

Staff TYT bersama Mrs June. Dari kiri Mr Chin, sangat ramah dan mesra. Urusan pemberitahuan melalui telifon dan email diuruskan oleh Mr. Chin. Masa nak balik, sempat mek Damia peluk dia haha... Miss Kavitha, mc pada hari tersebut. Anak Mrs June merangkap jurugambar pada haritu. Terima kasih banyak ambil gambar-gambar cantik sepanjang majlis. Mrs June, pemilik syarikat TYT yang sangat mesra. Semua pemenang diberikan layanan sama rata. Memang besh! Kak Sofy, jurucakap produk TYT dari Johor bersama suaminya Abang Din. Dorang banyak bagi petua dan berkongsi pengalaman sepanjang aktif jadi jurual dan jurucakap produk. Kalau ada promosi jualan di mana-mana, memang kak Sofy dan suami akan turun bersama memeriahkan acara.

Gambar pemenang sekeluarga bersama Mrs June. Kak Suzi menang hadiah tempat kedua peraduan ni. Tak sempat nak borak panjang dengannya sebab duduk lain-lain meja. Alangkan nak makan pun rasa tak sempat sebab lebihkan borak dari makan! hhaha....

Kesimpulannya, memang enjoy sangat join majlis penyampaian hadiah "Because You Like Us" TYT Contest! Terima kasih banyak pada penganjur peraduan yang sudi memilih penyertaan Wan dan mak sebagai pemenang utama. Dalam ribuan penyertaan yang diterima. Tidak sia-sia jadi pengguna setia produk TYT.

Syukur padaMu... Semoga lancar urusan kami sekeluarga ke Bandung tahun ini ^^ 


Untuk melihat senarai penuh pemenang "Because You Like Us" TYT Contest! boleh rujuk link di SINI :)

6 comments:

Mama Zharfan said...

congrats wan!! agency yg uruskan contest ni..me tanya masa interview tu..and katanya winners selection based on both slogan and creative entry..wan memang sgt creative!!

AyuArjuna BiGoshh said...

tahniah wan

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila ada tgok gbr damaia & wan kat tyt facebook tue..comel je

Wansteddy Tales said...

tq kak suzi, mrs june berkali2 ckp dorg pilih base slogan, mcm entry utk mak wan. wan buat simple je. xde deco mana pn. tp wan quit confident sbb wan amik ayat2 yg mak wan bagi. cuma translatekn pd BI :) confident2 pn wan target conso je sbnrnya. nk jd rezeki Tuhan ganjarkan double hadiah yg sama. syukur :)

Wansteddy Tales said...

tq kak ayu :)

Wansteddy Tales said...

wan suka pic peluk2 tu ehehe.... mia buat peel masa tu. xsangka sempat pic amik pic hehe