Nuffnang

Followers

Wednesday, February 27, 2013

TUTORIAL Print Screen dengan mac


Sejak pindah di pejabat baru. Aku kena biasakan dengan benda lama tapi baru kini terkial-kial nak kena belajar semula. Komputer Mac! Waa…. Dah lama aku tak guna mac. Kalau guna pun sekali sekala je. Itu pun  tumpang laptop mac hubby. Untuk desperate case ye. Kalau saja-saja tobatla… Malas nak tengok keyboard. Sebab funtion dah tak sama. Kalau dengan keyboard untuk PC pejam mata pun boleh layang taip. Dah hafal kedudukan. 

Sekarang command kiri kena klik yang nombor tiga dari kiri. Grr…. Terhegeh-hegeh mokcik buat kerja. Sebenarnya tak susah pun nak guna mac. Tapi disebabkan dah terlalu bermanjaan  lama sangat dengan PC, aku jadi  tension bila kena study balik pasal mac. Huhu... Yang beshnya my boss siap offer nak tambah PC baru! wawawa... sayang bos! Tapi kalau tambah PC ni kat mana aku nak letak barang-barang hiasan meja aku pulak? hahha... 

Salah satu sebab buat aku tension, bila ada button yang takde dalam keyboard. Salah satunya button untuk print screen. Kalau nak print screen boleh, cumanya kena guna aplikasi grab. Ok, bagi yang nak tau cara print screen guna mac, kat sini aku share info. Walhal aku pun google sebenarnya tadi, haha… Alang-alang ada ilmu ni elok sharing sama. Ada 2 cara nak capture gambar guna Mac.

TEKNIK PERTAMA: Grab Application~
1)    Dekat bahagian search, taip perkataan GRAB.  ATAU Finder --> Application --> Grab
2)    Klik Capture. Ada 4 option kat sini:

-       SELECTION: Digunakan untuk pilih bahagian mana yang kita pilih untuk crop/ print screen. Drag gambar secara automatik akan keluar preview gambar yang kita pilih tu. Kalau dah ok, klik SAVE.
-      WINDOW: Digunakan untuk capture window sahaja. Hanya salah satu window boleh dirakam.
-       SCREEN: Untuk capture seluruh monitor. Berfungsi sama macam Print Screen kat PC.
-       TIMED SCREEN: Sama macam screen. Tapi ada ketetapan masa kalau guna aps ni.

TEKNIK KEDUA: Shortcut dengan keyboard:
Idea yang sama macam kita buat print screen dengan pc. Bezanya kena klik beberapa button keyboard serentak. Shift + Option + Command + 3. Sila rujuk gambar dibawah untuk paparan lebih jelas :)


Ok tak? Harap-harap boleh beri manfaat bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan mac. Macam aku!

No comments: